
[ENGLISH VERSION BELOW] Penting untuk kita ingat bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia yang hanya menginginkan yang terbaik untuk negara dan seluruh rakyatnya, ujar Zaid Kamaruddin.
Di kala kita menyambut Hari Malaysia yang kedua di bawah kerajaan baharu, semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan sewaktu Hari Malaysia pada tahun sebelumnya kian hilang. Kini kita tersedar daripada mimpi di mana perpaduan di antara pelbagai komuniti masih jauh dari realiti.
Dalam masa setahun sejak Hari Malaysia yang lalu, kita telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang mencabar kesepakatan rakyat Malaysia berdasarkan garis etnik, agama dan wilayah.
Walaupun ramai yang telah hilang harapan, kita tidak harus mengalah dalam mengejar harapan untuk mencapai perpaduan. Kita harus ingat bahawa Malaysia adalah tanah air bagi mereka yang dilahirkan di sini sepertimana lagu kebangsaan mengingatkan kita: “Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup, Bersatu and maju.”
Kita harus mendukung semangat perpaduan serta mengiktiraf kepelbagaian yang membentuk negara kita sekiranya kita ingin negara kita terus maju. Kita harus terbuka untuk memahami sifat majmuk masyarakat kita dan berusaha untuk menghargai semangat kesatuan dalam kepelbagaian.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Oleh itu, kita mesti melibatkan diri dalam diskusi awam dengan niat baik dan sikap saling hormat-menghormati untuk menangani perselisihan yang timbul daripada perbezaan kita. Penting untuk kita ingat bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia yang hanya menginginkan yang terbaik untuk negara dan seluruh rakyatnya.
Selamat Hari Malaysia!
Zaid Kamaruddin, pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia, mengeluarkan kenyataan bagi pihak Majlis Eksekutif, GBM
English version
Embrace spirit of unity in diversity
As we celebrate our second Malaysia Day under a new government, the euphoria that was present during the previous Malaysia Day is gone. We have now woken up to the fact that the dream of unity among the various communities in the country still remains elusive.
In the past year, we have witnessed many events dividing fellow Malaysians along ethnic, religious and regional lines.
While some are disillusioned by the state of disunity, we must never give up the dream of unity. We must remember that Malaysia was formed to be a home for those who were born in this land. As the national anthem reminds us: “Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup, Bersatu and maju.”
For the country to prosper, we must embrace the spirit of unity while recognising the diversity that characterises our country. We must be open enough to recognise the plural nature of our society and work towards embracing the spirit of unity in diversity.
As such, we must, in the spirit of good faith and mutual respect, engage in public conversations to resolve the differences that arise from our diversity. It is important to remember that we are all Malaysians who only wish for what is best for the country and for all her people.
Selamat Hari Malaysia!
Zaid Kamaruddin, the chair of Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), issued this statement on behalf of the GBM executive council.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Some ppl cannot accept multiracial, multilingual, multi religions, multicultural m’sia because they’re too arrogant. Ketuanan is the killer of any country….
Yes