
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) mengutuk penyebaran maklumat tidak benar dan putar-belit oleh pihak-pihak tertentu yang mendakwa bahawa perhimpunan Hari Wanita pada 9 Mac dicemari oleh agenda LGBT dan menjadi perhimpunan LGBT yang membuat tuntutan seperti pengiktirafan rasmi perhubungan sama jantina.
GBM berpendapat bahawa sepatutnya tumpuan adalah terhadap lima tuntutan yang dibuat oleh penganjur perarakan, iaitu:
- hentikan keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksual
- haramkan perkahwinan kanak-kanak
- pastikan hak dan kebebasan wanita untuk membuat pilihan terhadap tubuh dan diri sendiri
- pastikan gaji minima bermaruah RM 1,800
- hancurkan patriarki dan bina demokrasi di setiap lapisan masyarakat.
Lima tuntutan ini merangkumi pelbagai isu dan satu-satunyu tuntutan yang boleh dianggap berkait dengan LGBT adalah tuntutan untuk menghentikan keganasan terhadap komuniti tersebut. Tiada tuntutan untuk pengiktirafan hak-hak LGBT. Sekiranya ada, ia adalah untuk mengiktiraf hak mereka untuk menjalani kehidupan aman yang bebas dari keganasan dan pembulian.
Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa mereka yang mempunyai orientasi seksual dan identiti gender yang berbeza daripada arus perdana sedang diancam hak untuk hidup dan hak untuk menjalani kehidupan secara aman.
Keganasan terhadap komuniti LGBT bukanlah kes-kes terpencil semata-mata. Contoh keganasan terhadap masyarakat LGBT sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah seperti berikut:
- Pada bulan Disember 2018, satu video viral menunjukkan bahawa dua lelaki muda diserang oleh beberapa orang yang tidak dikenali kerana didakwa melakukan hubungan seks di dalam kereta.
- Dalam bulan Disember 2018 yang sama, polis Klang Selatan menemui seorang wanita transgender dari Sabah dalam keadaan tidak sedar diri di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi. Wanita tersebut dikejarkan ke hospital dan kemudiannya meninggal dunia. Laporan bedah siasat menunjukkan bahawa tengkorak wanita tersebut retak dan megalami pendarahan di otak.
- Pada bulan Ogos 2018, seorang wanita transgender di Negeri Sembilan dimasukkan ke hospital selama lima hari setelah diserang oleh sekumpulan penyerang,di mana lapan individu sedang dibicarakan dan tiga individu yang lain masih diburu.
- Pada bulan Jun 2017, seorang pelajar sekolah, T Nhaveen yang diejek sebagai “pondan” oleh pembuli di sekolahnya hanya kerana perwatakannya yang lembut dan dipanggil “gay” meskipun tiada bukti bahawa beliau sebahagian dari golongan tersebut, meninggal dunia selepas diserang dan diperkosa oleh pembuli dalam usaha mereka untuk “mengubah” beliau menjadi seorang “lelaki macho”.
- Pada bulan Februari 2017, Sameera Krishnan, seorang wanita transgender yang sepatutnya memberi keterangan dalam kes penculikannya yang berlaku dua tahun sebelum itu, dibunuh secara kejam dan dimutilasi.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kes-kes sebegini hanya sebahagian kecil daripada gambaran besar memandangkan bukan semua kes menjadi liputan media. Justice for Sisters, sebuah kumpulan aktivis hak transgender Malaysia, telah mendokumentasikan 12 kes serangan fizikal, penghinaan dan penyeksaan terhadap golongan transgender di antara tahun 2017 dan 2018.
Walaupun sesetengah daripada kita mungkin tidak bersetuju dengan cara komuniti LGBT hidup dan mungkin tidak dapat berasa empati terhadap pengalaman hidup mereka, perbezaan pendapat dan ketiadaan empati tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk mengapi-apikan keganasan dan pembunuhan terhadap masyarakat LGBT.
Tidak kira betapa kontreversialnya isu-isu berkaitan LGBT, hak kebebasan bersuara mereka yang terkandung dalam Perlembagaan dan peluang mereka untuk menjalani kehidupan sebagai manusia tidak patut dinafikan.
GBM ingin menegaskan sekali lagi bahawa perhimpunan 9 Mac adalah seruan untuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan LGBT. Perhimpunan tersebut tidak pernah menuntut legitimasi LGBT.
Suka atau tidak, kempen kebencian dan putar-belit akan menggalakkan lagi keganasan terhadap golongan LGBT. Adakah kita mahu melihat mereka dicederakan, diseksa dan dibunuh hanya kerana mereka tidak menjalani kehidupan yang kita perakui?
Memandangkan Malaysia berbangga dengan masyarakatnya yang berbilang agama dan budaya dengan demokrasi yang matang, kita sebagai rakyat Malaysia mesti menghentikan dan mengecam sebarang perbuatan atau salah laku yang mengancam nyawa dan keselamatan sesiapa saja, termasuk mereka yang menjalani cara hidup yang tidak dipersetujui kita.
GBM dengan itu menyeru semua pihak untuk menghentikan semua bentuk keganasan terhadap mereka yang mempunyai identiti gender dan orientasi seksual yang berbeza demi memastikan Malaysia kekal sebagai masyarakat yang aman dan harmoni.
Kenyataan ini disokong oleh organisasi-organisasi ahli GBM seperti berikut:
- All Women’s Action Society (Awam)
- Tindak Malaysia
- Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
- Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
- Monsoons Malaysia
- Tamil Foundation
- Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
- Islamic Renaissance Front (IRF)
- Engage
- Muslim Professionals Forum (MPF)
- Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
- Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)
- Pusat Komas
- Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
- LLG Cultural Development Centre
English version
End violence based on gender and sexual orientation
Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) condemns the misinformation from certain quarters that maligned and mischaracterised the Women’s Day march on 9 March as advancing the LGBT agenda and turning what was supposed to be calls for the recognition of women’s rights into a rally that pushes for the formal recognition of same-sex relationships.
GBM maintains that the focus of the march should have been the five demands made by the organisers, which are:
- ending violence based on gender and sexual orientation
- banning child marriages
- ensuring women’s rights and freedom to make choices over their own bodies and lives
- ensuring a dignified minimum wage of RM1,800
- destroying patriarchy and building a genuine democracy at all levels of society.
The five demands encompass a wide range of issues and the only demand that may be considered as LGBT-related is the call to address the violence against the community.
There is no calling for any recognition of LGBT rights or the advance of their agenda. If there is, it is for their right to live a peaceable life free from violence and abuse.
It is not an exaggeration to say people with sexual orientation and gender identification that differ from what is considered as the norm are having their right to life and to live in peaceful existence threatened.
Cases of violence towards the LGBT community are more than just isolated incidents. Examples of violence against LGBT persons in recent years are as follows:
- In December 2018 a viral video showed that two young men were beaten up by several unknown assailants for allegedly having sex in a car.
- Also in December 2018 the Klang Selatan police discovered a transwoman from Sabah unconscious in front of a hotel in Bukit Tinggi. She was rushed to hospital and then died. A post-mortem report revealed she suffered a fractured skull and bleeding in the brain.
- In August 2018 a transwoman in Negeri Sembilan was hospitalised for five days after suffering an assault at the hands of a group of assailants, of which eight were on trials and three still on the run.
- In June 2017 school boy T Nhaveen, who was derided as “pondan” by school bullies just because of his mild mannerism and called a “gay” despite the lack of evidence of him being one, died after being assaulted and raped by the bullies in their efforts atn “reforming” him into a “macho man”.
- In February 2017 Sameera Krishnan, a transwoman who was due to testify in her kidnapping case which happened two years prior, was brutally murdered and mutilated.
This is likely only the tip of the iceberg, as not all cases made it into media coverage. Justice for Sisters, a Malaysian transgender rights group, has documented 12 cases of physical attacks, humiliation, and torture against trans people between 2017 and 2018.
While some of us may not agree with how the LGBT community live their lives and may not empathise with their way of life, such disagreement and absence of empathy must not be used to fuel violence against and murder of LGBT.
Irrespective of the controversial issues surrounding the LGBT community, they should not be deprived of their constitutional right to freedom of speech and the opportunity to live decent lives as human beings.
GBM would like to reiterate that the 9 March rally was a call to end violence against women and LGBT. The rally did not call for any so-called legitimisation of LGBT.
The deliberate mischaracterisation and the ongoing hate campaign is regretfully legitimising violence against LGBT. Do we want to see people harmed, tortured or killed just because they live a lifestyle that we do not approve of?
Since Malaysia prides herself as a mature democracy with a multicultural society, we as Malaysians must desist and condemn any behaviour or conduct that threatens the life and safety of all, in particular those whose lifestyles we do not agree with.
GBM therefore calls upon all groups to end all forms of violence against those with different a gender and sexual orientations to ensure Malaysia will continue to be a peaceful and harmonious society.
The statement is endorsed by the following member organisations of GBM:
- All Women’s Action Society (Awam)
- Tindak Malaysia
- Saya Anak Bangsa Malaysia
- Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
- Monsoons Malaysia
- Tamil Foundation
- Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
- Islamic Renaissance Front (IRF)
- Engage
- Muslim Professionals Forum (MPF)
- Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
- Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)
- Pusat Komas
- Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
- LLG Cultural Development Centre
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme