Home Coalitions Gabungan Bertindak Malaysia Pakatan Harapan, pastikan perubahan positif berkekalan

Pakatan Harapan, pastikan perubahan positif berkekalan

Photograph: Sumisha Naidu/CNA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan di atas perubahan pantas yang dilakukan selama sepuluh hari berkuasa.

Walau bagaimanapun, sejarah manusia membuktikan bahawa euforia yang dicetuskan oleh perubahan rejim sering kali tidak bertahan lama dan tabiat lama mula bertapak kembali.

Kami menyeru Pakatan Harapan agar menunaikan janji mereka berdasarkan tiga langkah penting ini bagi memastikan perubahan positif yang dicetuskan adalah progresif, tetap, dan berkekalan.

Merealisasikan visi dalam manifesto Pakatan Harapan

Manifesto PH adalah visi dan janji pilihan raya untuk memenangi kepercayaan pengundi dan mendapatkan mandat rakyat. Buku Harapan – Membina Negara, Memenuhi Harapan, yang merangkumi 60 janji dan lima iltizam khusus, adalah pelan tindakan untuk membina semula Malaysia.

Dengan menunaikan manifesto, kerajaan baru akan mendapat kesahihan, kebolehpercayaan, dan kebolehjangkaan. Melainkan dalam keadaan tertentu dengan sebab yang sahih, janji mesti ditepati.

Kami dengan ini mengalu-alukan pengumuman terbaru Mahathir bahawa beliau tidak akan menyandang jawatan menteri pendidikan bagi memenuhi Janji 12 dalam manifesto: “Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan.”

Tindakan-tindakan yang pantas dan cepat seperti pembentukan jawatankuasa PH untuk reformasi institusi berkenaan 1MDB dan skandal-skandal lain serta penurunan kadar GST ke 0% bermula 1 Jun, telah memperkuatkan kesahihan, kebolehpercayaan, dan kebolehjangkaan, kestabilan PH dalam tempoh peralihan ini.

Membina pembangkang yang setia dan sihat

Kerajaan yang baik memerlukan pembangkang yang berkesan untuk mengimbanginya. Malaysia memerlukan kerajaan Seri Paduka Baginda dan pembangkang setia Seri Paduka Baginda untuk mewujudkan pentadbiran politik yang berdaya saing dan pada masa yang sama saling bekerjasama untuk memacu negara ke hadapan.

Kami mengalu-alukan respon positif Mahathir pada 16 Mei berkenaan kritikan ramai terhadap amalan lompat parti di mana beliau menegaskan PH tidak akan menerima pembelot dari Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun, pembangkang hanya boleh kekal setia dan sihat jika peranan mereka dihargai dan dihormati dalam sistem politik. PH mesti secara proaktif berhubung dengan BN, Pas, dan parti-parti lain yang tidak diwakili dalam Parlimen. Negeri-negeri yang dikuasai pembangkang – Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak – tidak harus menerima sebarang hukuman dari segi pemberian dana.

Untuk mencapai tujuan ini, Pakatan Harapan patut mempercepatkan perlaksanaan janji-janji berikut, dan mengaplikasinya di dewan undangan negeri setakat mana yang relevan.

Janji 16: Mengembalikan wibawa institusi parlimen
  • Ketua pembangkang akan diberikan status yang sama dengan seorang menteri persekutuan.
  • Pembiayaan berdasarkan formula yang telus akan diberikan kepada semua ahli parlimen.
  • Jawatankuasa terpilih akan diwujudkan untuk memantau setiap kementerian.
  • Jawatan pengerusi jawatankuasa kira-kira wang negara akan dikhaskan kepada ahli Parlimen daripada parti pembangkang.
  • Dalam kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masa yang khusus akan diperuntukkan untuk slot agenda parti pembangkang.
Janji 18: Mewujudkan mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti
  • Parti-parti politik yang layak akan menerima pembiayaan tahunan daripada kerajaan mengikut formula yang telus dan konsisten
Janji 24: Menghidupkan semangat sebenar konsep federalisme
  • Sekurang-kurangnya 10% daripada hasil cukai pendapatan akan dipulangkan kepada negeri.
  • Pada tiga tahun pertama pentadbiran kami, 50% daripada peruntukan belanja pembangunan akan dikhaskan kepada lima negeri termiskin, iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Mengadakan dialog nasional dengan pembangkang dan masyarakat madani

Untuk merealisasikan negara baru yang berharapan dan inklusif sepertimana yang dibayangkan dalam manifesto, PH mesti mengadakan perbincangan nasional yang meluas dengan pembangkang dan masyarakat madani sebagai rakan dalam menentukan keutamaan dalam pembinaan bangsa.

Mahathir patut mengadakan mesyuarat semua parti dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PH, BN, Pas, PSM, PBS dan parti-parti pembangkang lain untuk membentuk satu konsensus nasional bagi memastikan persaingan parti-parti dalam berfungsi sewajarnya untuk kebaikan negara.

Berdasarkan model jawatankuasa untuk reformasi institusi dan panel untuk menyiasat skandal-skandal, lebih ramai pemimpin masyarakat madani patut dilantik ke dalam panel penasihat bagi membantu melaksanakan reformasi dalam polisi-polisi.

Di peringkat tempatan pula, persidangan dewan setempat yang melibatkan parti-parti politik dan kumpulan masyarakat madani boleh diadakan untuk isu-isu berkaitan polisi seperti pengangkutan awam, kepolisian, dan perlindungan alam sekitar.

PH mesti berpegang kepada janji untuk melibatkan konsultasi umum dalam pembuatan keputusan, sepertimana yang dijelaskan dalam manifesto:

Janji 16: Mengembalikan wibawa institusi parlimen
  • Melibatkan wakil masyarakt sivil dalam kaukus parlimen
  • Kertas hijau untuk merancakkan perbincangan di kalangan rakyat
  • Kertas putih untuk mengumumkan dasar-dasar besar kerajaan sebelum akta baru diperkenalkan di Parlimen.

Salah satu isu yang memerlukan perhatian segera adalah perpaduan nasional. Pada 7 Februari, GBM membentangkan lapan cadangan untuk diambil kira oleh parti-parti politik dalam manifesto, termasuk mewujudkan Akta Keharmonian Nasional dan menandatangani Persetujuan Antarabangsa tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman. Kami berharap kertas hijau dapat diwujudkan dalam masa yang terdekat untuk memulakan perbincangan umum mengenai isu yang penting mendesak ini.

GBM mengharapkan yang terbaik untuk kerajaan Pakatan Harapan dalam usahanya untuk membina semula sebuah Malaysia yang sejahtera, Malaysia yang lebih baik yang bersandarkan nilai-nilai sejagat seperti kesaksamaan, muhibbah, kebaikan bersama, dan persaudaraan semua rakyat Malaysia.

Majlis eksekutif Gabungan Bertindak Malaysia

English version

Pakatan Harapan, make positive changes lasting

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) congratulates Dr Mahathir Mohamad and Pakatan Harapan for the swift changes it has brought about in the first 10 days in office.

Notwithstanding, human history testifies that the early euphoria of regime change has often been overtaken by business as usual.

We urge the Pakatan Harapan (PH) government to honour the following three critical success factors to guarantee that the positive changes are progressive, permanent and long lasting.

Actualising the vision in the Pakatan Harapan manifesto

The PH manifesto is the vision and election promise to earn the voters’ confidence and secure the rakyat’s mandate. Buku Harapan – Rebuilding our Nation, Fulfilling our Hopes, with 60 promises and five sets of special commitment, outlines an ambitious blue print to rebuild Malaysia.

By fulfilling her manifesto promises, the new government will be blessed with legitimacy, credibility and predictability. Except in the event of legitimate and highly compelling circumstances, the promises must not be broken.

We therefore welcome Mahathir’s latest announcement that he would give up the education portfolio to keep Promise 12 of the Manifesto: “The Prime Minister will not simultaneously hold other ministerial posts, especially the post of Finance Minister.”

Prompt and timely actions, from PH’s committees for institutional reforms on 1MDB and other scandals to the reduction of the GST rate to 0% by 1 June have enhanced PH’s legitimacy, credibility, predictability and stability in this post-transition period.

Sustaining a loyal and healthy opposition

A good government requires an effective opposition to keep it in check. Malaysia needs His Majesty’s government and His Majesty’s loyal opposition to create political governance that is competitive yet collaborative in order to move the country forward.

We welcome Mahathir’s positive response on 16 May to public criticism against defections, and that PH would not accept turncoats from Barisan Nasional (BN).

However, the opposition can only remain loyal and healthy when their roles are highly valued and respected in the political system. PH must engage proactively with BN, Pas and other political parties that are not represented in the Parliament. Opposition-run states – Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang and Sarawak – must not be penalised in terms of funding allocations.

Towards this end, Pakatan Harapan should expedite the implementation of the following promises, and operationalise them in the state assemblies where relevant.

Promise 16 (Restore the dignity of the Parliament)
  • The parliamentary opposition leader to be granted ministerial status
  • Constituency funding to all parliamentarians to be based on a transparent formula
  • Select committees to be established to monitor every ministry
  • Public Accounts Committee to be headed by an opposition MP
  • Specific time to be allocated for the opposition parties’ agenda in both Dewan Rakyat and Dewan Negara
Promise 18 (Create a political financing mechanism that has integrity)
  • Qualified political parties to receive annual funding from the government based on a transparent and consistent formula
Promise 24 (Revive the true spirit of federalism)
  • At least 10% of income tax generated in a state to be returned to that state
  • Within the first three years, 50% of development expenditure to be ring-fenced for the five poorest states: Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu and Perlis

Holding national dialogues with the opposition and civil society

To actualise the hopeful and inclusive new nation envisioned by its manifesto, PH must conduct a wide national conversation, with opposition and civil society as partners in deliberating the priorities of nation-rebuilding.

Mahathir should convene an all-party meeting with the top leaders of PH, BN, Pas, PSM, PBS and other opposition parties to forge a national consensus on how to ensure multi-party competition optimally for the nation.

Based on the model of the committee on institutional reforms and the panel to investigate scandals, more civil society leaders should be appointed to the advisory panels to help implement reforms in various policy domains. At the local level, town hall meetings can be held to involve political parties and civil society groups to deliberate on policy matters such as public transportation, policing and environmental protection.

PH must also keep its promises to facilitate public consultation in decision-making, as brilliantly spelled out in the manifesto:

Promise 16 (Restore the dignity of the Parliament)
  • Civil society representatives to be involved in parliamentary caucuses
  • Green papers to be produced to stimulate policy discussions
  • White papers to be produced before new legislation

One pressing issue which demands immediate attention is national unity. On 7 February, GBM proposed eight recommendations including the enactment of a National Harmony Act and ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination to be adopted by all political parties in their manifestos. We look forward to a green paper at the earliest possible occasion to kick start a public consultation on this urgent and important matter.

GBM wishes the best to the PH government in its maiden endeavour to rebuild a Malaysia sejahtera, a better Malaysia founded on the universal values of justice, equality, muhibbah, mutual benefit and the brotherhood/sisterhood of every Malaysian rakyat.

Gabungan Bertindak Malaysia executive council

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x