Home Coalitions Abolish ISA/Sedition Anti-ISA activists denied access to Parliament lobby

Anti-ISA activists denied access to Parliament lobby

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

On 26 June 2008, representatives from Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), upon the invitation of Opposition Leader Dr Wan Azizah Wan Ismail, held a press conference at the entrance of the Parliament building after being unjustifiably denied access to proceed to the lobby of the Parliament. They had wanted to hand over a joint memorandum in support of victims of torture in conjunction with the International Day Against Torture, particularly those who are being detained under the draconian ISA, observes Fadiah Nadwa Fikri of the Bar Council’s human rights committee.

Despite being denied access to the lobby of the Parliament building, a Joint Memorandum by Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), and the Bar Council Human Rights Committee (BCHRC) was handed over to the Opposition Leader in front of the main entrance of the Parliament building in the presence of a number of Members of Parliament from Pakatan Rakyat. The memo called on the Government of Malaysia to show its commitment towards abolishing torture and other forms of ill-treatment by signing, ratifying and implementing the United Nations Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment as well as the Optional Protocol to this Convention (OPCAT).

GMI, a coalition of 80 organisations, is dismayed over the unbecoming action of denying access to concerned citizens by the administration of Parliament. GMI is extremely appalled by this action. It was unnecessary, uncalled for, inappropriate and disrespectful.

The act of denying access to members of the public to be present in Parliament manifests the reversal of the concept of democracy which belittles the rights of the people to be part of the democratic process in the administration of the country.

Parliament, which symbolises the ideal of democracy, must at all times acknowledge the rights of the people to be actively involved in the democratic process.

The administration of Parliament should not impose ludicrous rules that would eventually hamper the very ideal of democracy.

READ MORE:  Government should apologise publicly to Operation Lalang victims - Ex-judge

 

Gerakan Mansuhkan ISA

Memorandum kepada Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail

Penyeksaan berterusan di bawah ISA tidak boleh dibiarkan

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik, kesatuan sekerja, badan hak asasi manusia, badan wanita, mahasiswa dan golongan muda, hari ini berasa amat kesal dengan penyeksaan yang didakwa berlaku ke atas tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). GMI mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan berterusan yang dibenarkan oleh ISA serta menuntut siasatan segera dilaksanakan.

Sempena dengan ”International Day in Support of Victims of Torture” hari ini, GMI dan rakan-rakan yang lain ingin membawa kepada pengetahuan Parlimen berkenaan dengan penyeksaan terkini yang berlaku ke atas salah seorang tahanan ISA yang bernama Sanjeev Kumar Krishnan.

Penyeksaan ke atas Sanjeev Kumar Krishnan

Sanjeev telah ditahan di bawah ISA pada 28 Julai 2007 atas tuduhan sebagai ‘agen perisik asing’. Beliau mendakwa telah diseksa secara fizikal dan mental oleh pihak polis cawangan khas ketika 60 hari pertama ditahan iaitu antara 28 Julai 2007 hingga 21 September 2007. Antara penyeksaan yang didakwa dilakukan ialah soal siasat berjam-jam dengan ugutan dan tanpa rehat. Diseksa, ditendang dan dibelasah dengan teruk oleh SB di bahagian badan dan kepala samada dengan kaki, objek keras atau botol berisi air. Dipaksa meminum air kencing sendiri selain kemaluan dipukul dan dubur dijolok dengan objek yang keras.

Beliau yang kini ditahan di bawah ISA di Kamunting telah menjadi lumpuh dan tidak sihat. Laporan polis berkaitan telah dibuat oleh isteri beliau, Sharimila A/P Uthiakumar dan GMI pada 20 Mei 2008. Aduan rasmi juga telah dibuat kepada Suhakam pada 4 Jun 2008. Selepas laporan polis dibuat dan kenyataan akhbar dikeluarkan, Sanjeev telah mendapat rawatan lanjutan di Hospital Taiping dan Pulau Pinang. Laporan perubatan rasmi masih belum diperolehi tetapi menurut isterinya, Sanjeev telah dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Mengapakah beliau di hantar ke Hospital Bahagia yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua? Insiden begini bukan kali pertama didengari. Sudah banyak tahanan ISA yang terpaksa melaluinya. Kes saman Abdul Malek Hussin merupakan bukti jelas. Namun ini merupakan insiden baru yang masih berlaku dalam tahun 2007.

READ MORE:  Malaysia's call to action: Ending torture starts with ratifying the UN convention

GMI berpandangan semua ini berlaku akibat daripada ISA yang membenarkan penyeksaan mental dan fizikal ke atas tahanan sehingga ke tahap trauma dan tekanan yang amat kronik. Seorang yang sihat boleh benar-benar menjadi gila dan terseksa jiwa dan raga oleh ISA. Sudah terbukti sebelum ini bahawa anak-anak tahanan juga pernah mengalami sakit jiwa.

Penyeksaan berterusan – Perintah tahanan dilanjutkan

GMI juga ingin membawa kepada pengetahuan Parlimen akan perlanjutan tempoh tahanan dua tahanan ISA yang telah sebelum ini ditahan cukup selama enam tahun pada 11 Jun 2008. Mat Sah Mohd Satray dan Shamsuddin Sulaiman kini telah dilanjutkan perintah tahanan mereka oleh Menteri Dalam Negeri selama dua tahun lagi iaitu dari enam tahun kepada lapan tahun tanpa apa-apa alasan yang munasabah. Mereka telah ditahan sejak 2002, dituduh sebagai anggota Jemaah Islamiah (JI) dan didakwa mengancam keselamatan negara. Satu tuduhan yang berat ke atas mereka tetapi sehingga hari ini masih tiada sokongan bukti walaupun sudah lebih enam tahun berlalu.

GMI mengecam penerusan pencabulan hak asasi ini kerana ia bermakna penyeksaan mental yang berpanjangan ke atas tahanan yang tidak pernah dibuktikan bersalah. Ahli keluarga juga terpaksa berterusan menanggung derita dan sengsara.

Kriteria penahanan lanjutan ini sudah acap kali dipersoalkan oleh GMI. Sifat ketidaktentuannya merupakan satu alat penyeksaan yang kejam. Apatah lagi Kerajaan yang diwakili Menteri Dalam Negeri tidak perlu bertanggungjawab menjelaskan apa-apa perkara berhubung penahanan. Beliau boleh berlindung di sebalik ISA. Tidak ada pertanggungjawaban kepada mahkamah, Parlimen atau Suhakam.

Parlimen harus mempersoalkan

Maka pada hari ini sempena dengan Hari Sedunia Menyokong Mangsa/Tahanan Penyeksaan, GMI ingin menggesa Parlimen, khususnya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mempersoalkan penyeksaan yang dibenarkan berleluasa di bawah ISA tanpa sedikit pun rasa bertanggungjawab di pihak Kerajaan. Bentangkanlah sebagai usul tergempar dan tuntutlah supaya semua tahanan, khususnya yang telah ditahan selama lebih enam tahun lamanya, untuk dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat atau dibicarakan di mahkamah. Tuntutlah juga supaya ISA dimansuhkan sebagaimana yang disyorkan oleh Suhakam untuk menutup ruang penyeksaan yang terlalu luas. Tuntutlah juga supaya mereka yang bertanggungjawab melakukan penyeksaan disiasat dan di bawa ke muka pengadilan.

READ MORE:  Anwar's commitment to end custodial deaths is appreciated, but...

Tindakan menahan seseorang tanpa bicara adalah suatu tindakan yang tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Ditahan di bawah ISA sudah merupakan satu kezaliman, apatah lagi diseksa dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tanpa proses mahkamah dan pembuktian yang sebenar di bawah ISA, ruang untuk salahguna kuasa terbuka luas. Menteri, Kerajaan dan Polis tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini.

Rakyat dan Wakil Rakyat harus bangun membantah kezaliman

GMI dengan itu juga mengajak rakyat dan seluruh wakil rakyat yang cinta keadilan dan benci kezaliman untuk sama-sama menzahirkan rasa protes terhadap ISA dengan menyertai Malam Himpunan Rakyat Anti-ISA dan pengisytiharan Hari Merah Hitam pada hari Sabtu, 28 Jun 2008 jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Inilah masanya rakyat bangun dengan diiringi oleh Wakil Rakyat untuk menghantar satu isyarat jelas kepada Kerajaan BN bahawa rakyat Malaysia tidak boleh lagi dibelenggu dan dikongkong dengan iklim ketakutan atau ’climate of fear’ cetusan ISA. Penegakkan prinsip-prinsip asas demokrasi dan keluhuran undang-undang yang didokong negara ini tidak boleh dilaksanakan di atas kezaliman dan pencabulan hak asasi serta kemuliaan insan seperti yang diamalkan di bawah ISA.

Mansuhkan ISA!

Bebaskan Semua Tahanan!

Tutup Kem Tahanan Kamunting!

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x