
Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) menzahirkan kekesalan atas penahanan yang dibuat ke atas seorang individu bernama Azman Noor Adam di bawah Akta Hasutan. Beliau ditahan kelmarin kerana dikatakan menghina perdana menteri di media sosial miliknya.
Penahanan ini adalah bertentangan dengan semangat Malaysia baru yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia dan seharusnya tidak berlaku.
GHAH juga mengutuk tindakan pihak polis yang melakukan penahanan pada jam 3 pagi, yang sepatutnya boleh sahaja dilakukan pada siang hari sekiranya perlu. GHAH melihat ini sebagai satu bentuk intimidasi yang telah diwarisi dari kerajaan sebelum ini.
Penahanan ini tidak ada bezanya dengan penahanan yang dibuat ke atas aktivis Fahmi Reza satu ketika dahulu, yang dikatakan menghina Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, menggunakan karikatur yang disebarkan melalui media sosial.
GHAH menyeru agar para pemimpin, ahli parti atau persatuan, serta penyokong mereka, agar tidak cepat melatah hanya disebabkan posting di media sosial, yang boleh sahaja disekat menggunakan akaun masing-masing tanpa perlu mengheret isu ini kepada pihak polis. Kebebasan berekspresi adalah dijamin oleh Perlembagaan dan seharusnya dihormati oleh semua.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ahli politik Pakatan Harapan yang sebelum ini melaungkan kepentingan kebebasan bersuara tidak sepatutnya menggunakan undang-undang jenayah dan institusi kerajaan untuk menyekat kebebasan berekspresi. Sekiranya terdapat unsur fitnah dan penipuan, tindakan saman boleh diambil.
GHAH melahirkan kekesalan kepada kerajaan, yang sehingga hari ini masih gagal melaksanakan moratorium terhadap undang-undang zalim. Gesaan agar moratorium dilaksanakan dengan kadar segera telah dibuat sejak hari pertama pertukaran kerajaan oleh organisasi-organisasi masyarakat sivil.
GHAH juga menggesa agar semua pertuduhan yang dibuat dibawah Akta Hasutan yang masih belum digugurkan, seperti kes Ustaz Wan Ji Wan Hussain, digugurkan segera.
Tidak ada tempat buat undang-undang zalim dalam Malaysia baru. Mansuh Akta Hasutan segera!
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme