Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan kekecewaan diatas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini untuk mengekalkan hukuman penjara lapan bulan keatas Ustaz Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.
Ustaz Fakhrulrazi didakwa dibawah Akta Hasutan atas tuduhan menghasut dalam sebuah perhimpunan pada 21 Februari 2015. GHAH mendesak agar pertuduhan tidak berasas ke atas Ustaz Fakhrulrazi ini digugurkan dengan kadar segera.
Pada 22 Februari yang lalu, Mahkamah Rayuan telah membebaskan aktivis Adam Adli, dari tuduhan di bawah Akta Hasutan, selepas hampir lima tahun dibicarakan. Selama lima tahun jugalah, beliau bersama barisan peguam telah berhempas pulas dengan akhirnya beliau dibebaskan dari tuduhan menghasut.
Ini merupakan masa terbaik, bagi kerajaan untuk mengotakan janji yang telah dibuat pada tahun 2012 bagi memansuhkan akta drakonian ini.
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusa Bangsa-bangsa Bersatu telah secara tegas mengatakan bahawa Akta Hasutan 1948 “menghalang rakyat Malaysia dari mengekspresikan, secara bebas dan terbuka, kepelbagaian pandangan politik dan idea”.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kita sudah tentu tidak lagi memerlukan akta lapuk ini.
GHAH sekali lagi secara tegas mengulangi tuntutan yang dibuat sejak sekian lama:
- Mansuhkan Akta Hasutan 1948.
- Gugurkan semua pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 dan bebaskan semua tahanan.
- Tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim.
Solidariti buat Ustaz Fakhrulrazi; mansuh Akta Hasutan segera!
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme