
Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan kekecewaan di atas keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam, yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ustaz Wan Ji Wan Hussin.
Hukuman ini adalah berkaitan dengan kenyataan beliau di media sosial pada November 2012, yang dikatakan mengkritik Sultan Selangor.
Pada 5 April yang lalu, seorang lagi aktivis, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda, juga dibawah Akta Hasutan.
GHAH melahirkan kebimbangan melihat kepada trend terbaru ini. Ia seakan-akan menunjukkan bahawa kerajaan akan sekali lagi menghidupkan ketakutan buat rakyat Malaysia dari bersuara, dengan menggunakan akta drakonian ini.
Seperti mana selepas mansuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penggunaan akta hasutan telahpun meningkat hampir 1,000 peratus, dari 2012 hingga 2015. Ia jelas melanggar hak bersuara rakyat Malaysia yang dijamin dibawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Walaupun trend penggunaan Akta Hasutan menurun secara mendadak bermula 2016, trend terbaru ini agak membimbangkan, dan boleh dianggap sebagai intimidasi politik menjelang pilihan raya umum.
Menuju pilihan raya umum, tidak dapat tidak, rakyat keseluruhannya wajib memberikan mesej yang jelas, agar segala salahguna kuasa, serta undang-undang zalim ini dapat dihapuskan dan kuasa rakyat dapat diangkat.
GHAH sekali lagi membuat penegasan, diatas tuntutan yang dibuat sejak sekian lama, terutamanya kepada kerajaan baru yang akan terbentuk selepas pilihan raya umum, agar:
- memansuhkan Akta Hasutan 1948
- menggugurkan semua pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 dan bebaskan semua tahanan
- tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Lese majeste?