Berikutanmogok lapar yang dilancarkan oleh tahanan ISA, keadaan tahanan dilaporkan semakin lemah apabila ada dalam kalangan tahanan yang tidak mengambil sebarang makanan dan minuman, mengikut Gerakan Mansuhkan ISA.
Hari ini merupakan hari kelapan tahanan berlapar untuk menunjukkan protes terhadap kerajaan yang masih enggan membebaskan mereka.
Dalam pada masa yang sama Menteri Dalam Negeri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu yang sedang berlaku. Sifat berdiam diri ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana akan menyebabkan tahanan semakin menderita.
Memetik kata-kata seorang tahanan yang pernah ditemui, dia bersedia untuk didakwa di mahkamah sekiranya benar-benar ada bukti yang menunjukkan dia boleh dibicarakan. Apa yang penting ialah dia tidak mahu terus dikurung di Kamunting dan dipisahkan daripada keluarga. Lebih perit apabila tahanan langsung tidak pernah diberi jaminan mengenai tarikh pembebasan mereka.
Berikut merupakan tuntutan GMI terhadap Menteri Dalam Negeri:
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
GMI menuntut pendirian Menteri Dalam Negeri mengenai mogok lapar yang sedang berlaku di Kamunting. Apakah Menteri Dalam Negeri akan memenuhi tuntutan tahanan dengan segera menyusun agenda pembebasan atau berkeras dengan membiarkan tahanan terus berlapar dan mengekalkan perintah tahanan ke atas setiap tahanan.
GMI juga menuntut Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa tahanan yang melancarkan mogok lapar tidak akan dikenakan sebarang tindakan seperti mana yang telah dikenakan ke atas Fadzullah
Razak dan Razali Kassan yang telah diasingkan daripada tahanan lain dan dikenakan solitary confinement (kurungan sendiri).
GMI menuntut Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa pihak keluarga, peguam dan doktor akan diberi akses kepada tahanan tanpa sebarang halangan oleh pihak KemTa. Tuntutan ini penting bagi memboleh keadaan tahanan dapat diperiksa secara langsung oleh keluarga.
GMI juga menuntut penjelasan Menteri Dalam Negeri berhubung laporan penderaan yang dialami tahanan sepanjang 60 hari pertama ditahan dibawah ISA. Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Kebenaran dan
Rekonsiliasi bagi menyiasat semua penganiayaan yang berlaku terhadap tahanan ISA dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
GMI juga menuntut agar Kemta mestilah ditutup dan diiktiraf sebagai warisan negara atau muzium seperti Pulau Robben, Afrika Selatan sebagai simbol ketidakadilan dan kezaliman ISA. Perkara ini perlu sebagai amaran kepada mana-mana juga pemerintah negara agar tidak menggunapakai akta zalim seperti ISA. Penutupan Kemta juga akan menjadi simbolik kepada peralihan sistem keadilan Malaysia yang menitik beratkan peradaban dan nilai sosial yang tinggi.
Ayuh Bersolidariti
Bebaskan ISA45, Siasat Penderaan dan Tutup Kem Kamunting
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme