Gerakan Hapus Akta Hasutan (Ghah) menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, yang akan mengusulkan moratorium ke atas Akta Hasutan 1948 dalam mesyuarat kabinet Rabu hadapan.
Gobind, sebagai seorang peguam hak asasi, memahami aspirasi rakyat serta kepentingan menghentikan penggunaan akta drakonian ini yang dilihat menyekat kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan.
Kenyataan ini penting, selepas kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang menyatakan bahawa kerajaan akan terus menggunakan akta ini sehingga ia dimansuhkan di Parlimen.
Ghah berharap kerajaan hari ini berpegang teguh pada prinsip dan berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah diantara satu sama lain, selain menghormati dan bekerja untuk mencapai janji-janji yang telah dibuat didalam manifesto Pakatan Harapan.
Ghah juga berharap mesyuarat kabinet yang akan bersidang Rabu ini akan menyokong usul yang akan dibentangkan oleh Gobind tersebut, seterusnya menghentikan penggunaan Akta Hasutan sehinggalah ia dimansuhkan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Usul pemansuhan Akta Hasutan mestilah dibacakan segera dalam pada sidang Parlimen akan datang, sungguhpun ia mungkin ditolak oleh Dewan Negara, seperti yang berlaku dalam isu pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.
Ia penting bagi menunjukkan komitmen kerajaan dalam memansuhkan akta ini, serta mengotakan ‘Janji 27’ dalam manifesto mereka. Gagal berbuat demikian, akan menyebabkan kepercayaan yang diberikan kepada kerajaan hari ini terhakis dan mungkin memberi kesan yang besar pada pilihan raya akan dating.
Ghah menyeru kepada semua ahli Parlimen serta ahli Dewan Negara, tidak kira di pihak kerajaan atau pembangkang, untuk menyokong usul pemansuhan Akta Hasutan ini apabila ia dibentang dan dibahaskan nanti.
Mansuh Akta Hasutan segera!
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme