Home Coalitions Abolish ISA/Sedition ISA perlu dimansuhkan; akta pengganti tidak diperlukan

ISA perlu dimansuhkan; akta pengganti tidak diperlukan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

The position of the Abolish ISA Movement (GMI) is very clear: the ISA must go and it should not be replaced with the new Security Offences (Special Measures) Act.

No to detention without trial - Photo courtesy of reformisjalanan.blogspot.com

This statement was read out in Parliament lobby late afternoon today
(17 April) while debates were ongoing.

ISA perlu dimansuhkan; akta pengganti tidak diperlukan

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganggap pemansuhan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960 (ISA) sudah lama tertunda. Pelbagai pihak sudah menyuarakan bantahan demi bantahan terhadap ISA sejak bertahun-tahun lamanya. Hanya sekarang baharulah ada satu inisiatif jelas untuk ISA dimansuhkan. Itu pun tertakluk kepada kelulusan satu akta baru.

GMI kesal dengan ucapan Perdana Menteri semasa istiadat pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini. Beliau menganggap ISA telah banyak berjasa kepada negara dan ia hanya dimansuhkan kerana telah melampaui jangka hayat kegunaannya.

Mengapakah sukar sekali bagi beliau dan kerajaan untuk mengakui bahawa ISA sebenarnya telah mencemar nama negara dengan pelanggaran terhadap prinsip keadilan, kemanusiaan, kebebasan dan hak asasi manusia? ISA juga terkenal dengan penyeksaan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dibenarkan sejak berpuluh tahun lamanya. Inilah sebab sebenarnya ISA perlu dimansuhkan!

GMI bersikap tegas dan konsisten dengan pendiriannya bahawa ISA perlu dimansuhkan dan tidak perlu digantikan dengan apa-apa akta baru. Terdapat banyak peruntukan dalam undang-undang sedia ada untuk mengekang apa yang dikatakan sebagai kesalahan pengganas. Parlimen Malaysia telah menambah undang-undang termasuk kesalahan berkaitan keganasan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah pada tahun 2006.

Kini, rang undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 diperkenalkan untuk menggantikan ISA. Menurut PM, akta baru tersebut bukan sahaja akan memastikan pihak berkuasa mempunyai senjata perundangan yang cukup bagi memerangi keganasan global dan mempertahankan demokrasi berparlimen di Malaysia, tetapi juga untuk memelihara hak kebebasan warganegara.

Benarkah ia memelihara hak kebebasan warganegara? Benarkah kuasa yang luas kepada polis dan Menteri Dalam Negeri telah dihapuskan? Benarkah kuasa semakan mahkamah dikembalikan?

Jika diteliti rang undang-undang baru tersebut, walaupun tempoh masa penahanan oleh polis telah dipendekkan dari 60 hari di bawah ISA kepada 28 hari dan ia boleh dikajisemula setiap lima tahun serta tidak lagi terpakai melainkan pelanjutannya diluluskan oleh Parlimen, namun terdapat beberapa masalah besar yang perlu ditimbulkan. Antaranya ialah:

– Tafsiran ”Kesalahan Keselamatan” yang terlalu luas dan samar

– Penahanan seseorang sehingga 28 hari tanpa dibawa ke mahkamah hanya atas dasar syak wasangka bahawa seseorang itu terlibat dalam kesalahan keselamatan. Ini akan membenarkan ruang penyalahgunaan kepada polis dan membawa kepada penahanan wewenangan sebelum siasatan benar-benar dilakukan.

– Penggunaan peralatan pengawasan elektronik walaupun seseorang telah dibebaskan adalah bercanggah dengan hak kebebasan bergerak dan privasi seseorang warganegara dan prinsip seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

– Hak kepada polis untuk menangguhkan akses kepada peguam sehingga tidak melebihi 48 jam. Ini terbuka kepada penyalahgunaan dan kemungkinan pengakuan secara paksaan.

– Ikatjamin tidak dibenarkan untuk mereka yang didakwa di bawah undang-undang baru ini (kecuali untuk tiga kumpulan tahanan) dan mahkamah dibenarkan untuk mengarahkan penahanan berterusan ke atas tahanan yang dibebaskan sehingga semua prosidur rayuan pendakwa selesai. Ini membolehkan pihak berkuasa ruang untuk menahan seseorang yang didapati tidak bersalah sehingga bertahun-tahun lamanya.

– Wujudnya akta baru ini dan termansuhnya ISA tidak bermakna pembebasan tahanan ISA sekarang. Akta baru menyebutkan dalam Seksyen 32 (2) bahawa pemansuhan ISA tidak akan memberi kesan kepada perintah tahanan yang dikeluarkan, tindakan atau prosiding di bawah ISA sebelum daripada tarikh akta baru berkuatkuasa.

GMI ingin mengingatkan bahawa buat waktu ini, ISA masih belum dimansuhkan dan tertakluk kepada kelulusan rang undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan 2012. Perdana Menteri dijangka membentangkan akta baru tersebut untuk bacaan kali kedua pada Isnin 16 April 2012 ini. Jika diluluskan di Dewan Rakyat, akta itu kemudian akan dibawa ke Dewan Negara dan seterusnya mendapat pengesahan Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong sebelum digazetkan. Pada masa itulah, baharu ISA dimansuhkan.

GMI amat berharap akta baru tersebut didebatkan dengan sewajarnya di Parlimen dengan mengambilkira pendirian GMI dan badan-badan hak asasi antarabangsa.

Sementara itu, GMI juga sedar bahawa nasib tahanan ISA dan keluarga masih terus tidak terbela kerana pemansuhan ISA tidak menatijahkan pembebasan. Kezaliman berterusan di sebalik dakwaan kebebasan warganegara dan hak asasi oleh PM.

GMI dengan ini sekali lagi mendesak Kerajaan memansuhkan ISA tanpa perlu digantikan akta baru

15 April 2012

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x