Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengucapkan selamat datang Malaysia Baru.
Perubahan yang dinanti-nanti sejak sekian lama, akhirnya dicapai pada 9 Mei 2018. Mungkin sedikit terlewat, tetapi perubahan sebenar baru sahaja bermula.
GHAH, diera baru ini, melahirkan kekecewaan diatas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun, yang mengatakan bahawa A Kadir Jasin, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times, akan disiasat di bawah tiga akta, dan salah satunya adalah Akta Hasutan, disebabkan oleh sebuah artikel yang disiarkan didalam blog beliau, yang dikatakan mengkritik Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan ini membuktikan bahawa Mohamad Fuzi masih di minda lama dalam era Malaysia baru. Menteri Dalam Negeri yang baru, Muhyiddin Yassin, telah mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa akta akan dikaji semula, termasuklah Akta Hasutan.
Malah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang regresif seperti Akta Hasutan akan dimansuhkan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ketua polis negara seharusnya lebih cermat dalam membuat keputusan, dan membuktikan komitmen beliau untuk sama-sama terlibat dalam proses perubahan yang sedang berlaku di negara kita.
GHAH menggesa pihak polis, khususnya ketua polis negara, untuk berhenti menggunakan Akta Hasutan, yang secara jelas sudah tidak relevan. Walaupun lantikan beliau berlaku di era Najib Razak, beliau harus membuktikan bahawa beliau bersedia memikul tanggungjawab di era baru ini.
Jika tidak, GHAH menasihatkan beliau supaya mengikut jejak langkah Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim serta beberapa ‘pengarah eksekutif’ yang telah melepaskan jawatan masing-masing.
GHAH turut menggesa kepada pihak kerajaan Malaysia untuk menunaikan janji dan memansuhkan Akta Hasutan dengan kadar segera.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
We need to revamp . The head of pdrm needs to revamp for a better force.
Tukar je. Masih banyak lagi calon lain yg belum tercemar … dikalangan anggota polis yg boleh dilantik ke jawatan itu.
Yg patut dia buat dulu tu ialah buru musa dan jamal
Dia tu polis, kena ikut undang2 yg sedia ada, kena ikut ‘rule of law’, akta hasutan blum dihapuskan lagi, repot dibuat, kenalah dia terima dan ambil tindakan…