
Mendepani perubahan baru, Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan kekecewaan atas penggunaan Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia ke atas Fadiah Nadwa Fikri yang telah di panggil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.
Fadiah dipanggil pada hari ini, 11 Julai 2018, jam 4.00 petang, adalah berkaitan dengan artikel beliau di laman Jentayu, sebuah portal penulisan Malaysia Muda pada 9 Julai 2018, bertajuk “Jangan engkau cium tangan yang memukulmu” yang dikatakan telah menghina sistem beraja negara ini.
Pihak polis seharusnya akur bahawa kita sedang menuju kearah pemansuhan Akta Hasutan, yang dianggap sudah lapuk dan melanggar hak asasi manusia.
Tindakan ini adalah bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan pada pilihanraya lalu; malah ucapan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin telah secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan dalam proses memansuhkan undang-undang drakonian ini.
Kedaulatan undang-undang mesti diangkat, yang menjamin bahawa setiap yang berada di negara ini, adalah sama rata tanpa mengira kedudukan di bawah undang-undang. Ini juga bermaksud, setiap dari kita berhak menyatakan pendapat seperti yang dijamin dibawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, selagi mana ia tidak menjurus kepada kekerasan dan pertumpahan darah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
GHAH sekali lagi membuat penegasan, diatas tuntutan yang dibuat sejak sekian lama, terutamanya kepada kerajaan hari ini untuk kekal atas janji dan prinsip sebelum ini untuk:
- memansuhkan Akta Hasutan 1948
- menggugurkan semua pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 dan bebaskan semua tahanan
- tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim
Amir Abd Hadi ialah penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Any right thinking humans will support you. We are with you
MEDIA SOSIAL ADALAH NADI MASYARAKAT DAN APA2 KOMEN DALAM NYA ADALAH LUAHAN IKHLAS RAKYAT YANG INGIN MEMPERBETULKAN KEADAAN MENGIKUT PANDANGAN PERIBADI BUKAN BERTUJUAN MENGHASUT MANA2 PIHAK!