Home Coalitions Abolish ISA/Sedition Pengguguran pendakwaan baik, masa untuk tunai janji

Pengguguran pendakwaan baik, masa untuk tunai janji

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) menyambut baik keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Edwin Paramjothy bagi membebaskan peguam hak asasi Eric Paulsen dan ahli jawatankuasa pusat PSM S Arutchelvan.

Keputusan itu adalah keputusan yang tepat dan patut dipuji. GHAH berharap semua pendakwaan dibawah Akta Hasutan dapat digugurkan dengan kadar segera, dan berharap Jabatan Peguam Negara boleh memainkan peranan secara lebih proaktif bagi menghentikan semua pendakwaan ini.

Suka untuk kami ingatkan, terutamanya kepada kerajaan Malaysia, bahawa didalam janji yang dibuat melalui manifesto Pakatan Harapan, pada janji yang ke 27, Pakatan Harapan berjanji akan memansuhkan apa yang dipanggil sebagai “undang-undang zalim”, dan dalam senarai tersebut, Akta Hasutan berada di kedudukan teratas.

Memetik buku Harapan, pada “Janji 27: Menghapuskan Undang-undang yang Zalim”, pada perenggan pertama telah dinyatakan;

“Sistem perundangan negara kita telah kerap kali disalah guna oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional untuk menjaga kepentingan politik mereka. Ada di antara undang-undang ini yang diwarisi sejak zaman penjajah British lagi, tanpa dipinda untuk menjadikannya lebih adil untuk rakyat sebuah negara merdeka. Ada juga undang-undang zalim yang diperkenalkan oleh Umno dan Barisan Nasional sendiri.

Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan undang-undang berikut:

  • Akta Hasutan 1948
  • Akta Pencegahan Jenayah 1959
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
  • Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
  • Akta Majlis Keselamatan Negara 2016
  • Hukuman gantung mandatori dalam semua akta”

Sehingga hari ini, GHAH masih tidak melihat usaha konkrit dari pihak kerajaan bagi merealisasikan perkara tersebut. GHAH bersama organisasi masyarakat sivil yang lain, telah berkali-kali menyeru agar moratorium dapat dilaksanakan segera. Namun hal ini tidak berlaku.

Aktivis-aktivis masih disiasat menggunakan akta lapuk ini. Terbaru, aktivis mahasiswa Asheeq Ali dan hari ini, aktivis sosial Hishammuddin Rais telah disiasat dibawah akta ini.

Sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas terhadap isu ini, GHAH berharap satu dialog terbuka dapat diadakan segera bersama Jabatan Peguam Negara, serta pihak kerajaan, bagi membincangkan isu ini.

Amir Abd Hadi ialah penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x