Gerakan
Mansuhkan ISA (GMI) merasa bertanggungjawab untuk mengeluarkan satu
kenyataan media berkenaan dengan gesaan bekas Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu, yang mahukan supaya lima tahanan ISA
Hindraf dibebaskan. Gesaan beliau tersebut dipetik oleh akhbar Utusan
Malaysia keluaran hari ini. Lima orang pemimpin Hindraf berkenaan
telah ditahan di bawah ISA sejak 13 Disember 2007.
Dalam
kenyataan itu, Samy Vellu menegaskan pembebasan itu sepatutnya sudah
boleh dibuat memandangkan pilihan raya umum sudah pun berlalu dan
tidak ada apa-apa peristiwa serius berlaku selepas mereka ditahan di
bawah ISA. Beliau juga menggesa supaya R. Kenghadharan yang sakit dan
M.Manoharan yang telah di pilih oleh rakyat menjadi ADUN Kota Alam
Shah, dibebaskan segera. Beliau menambah, sepatutnya K.Vasanthakumar
dan V.Ganabatirau juga turut dibebaskan kerana penglibatan mereka
yang tidak terlalu serius. Pada masa yang sama, Samy juga merancang
mendapatkan pembebasan untuk P.Uthayakumar yang dilihat sebagai
pemimpin terkuat dalam Hindraf.
GMI
berpendapat walaupun tuntutan begini perlu dilakukan dan diraikan,
namun lebih penting lagi ia jelas membuktikan penggunaan ISA sebagai
alat politik. Tuntutan Samy untuk membebaskan lima tahanan ISA itu
tidak jujur dan berbau politik. Lima tahanan ISA itu tidak pernah
diberi hak untuk didakwa di mana-mana Mahkamah dengan bukti-bukti
yang jelas. Bagaimana beliau boleh menilai samada penglibatan mereka
dalam Hindraf itu membahayakan keselamatan Negara atau tidak sebelum
mahupun selepas pilihanraya? Mereka dan puluhan lagi tahanan ISA
telah dirampas hak untuk dibicarakan dan membela diri.
GMI
ingin menegaskan sekiranya Samy Vellu berprinsip dan jujur membuat
tuntutan maka sepatutnya kenyataan mendesak mereka dibebaskan telah
dilakukan dulu lagi sebelum Pilihanraya Umum ke 12 ataupun semasa 20
tahun beliau menjadi salah seorang Menteri di Kabinet. Beliau juga
sepatutnya mendesak kerajaan untuk membebaskan semua tahanan ISA
tampa mengira kaum.
GMI
tetap menyatakan bahawa ISA adalah alat politik parti memerintah yang
sentiasa digunakan keatas rakyat untuk memastikan kelangsungan
politik mereka. Bukan setakat lima Hindraf, ada 70 tahanan lain yang
ditahan tanpa bicara di Kem Kamunting. Malahan pada tahun 2008 ini,
ada tahanan ISA yang sudah ditahan lebih daripada 6 tahun .
Dalam
konteks kenyataan Samy ini, GMI berpendapat, 5 tahanan Hindraf serta
70 tahanan ISA yang lain, mestilah di dakwa di mahkamah yang adil
atau kesemua mereka dibebaskan dengan segera.
Mansuhkan
ISA
Bebaskan
Semua Tahanan
Tutup
Kem Tahanan Kamunting.
Syed
Ibrahim Syed Noh
Pengerusi
GMI
31 Mac 2008
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.