Home Coalitions Abolish ISA/Sedition Untuk apa moratorium?

Untuk apa moratorium?

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan kekecewaan diatas pengumuman yang dibuat oleh Ketua Polis Selangor Mazlan Mansor berkaitan siasatan yang dibuka dibawah Akta Hasutan keatas individu yang dikenali sebagai Papagomo.

Kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh individu tersebut seharusnya dikutuk, apatah lagi apabila beliau merupakan individu berpengaruh dan memegang jawatan dalam sayap pemuda sebuah parti politik. Tindakan pantas pihak polis meredakan ketegangan seharusnya dipuji.

Namun suka untuk diingatkan, pada 11 Oktober 2018, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo telah mengumumkan keputusan mesyuarat kabinet untuk menggantung sementara (moratorium) penggunaan Akta Hasutan sehingga usul pemansuhan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

Pihak polis boleh sahaja menggunakan peruntukan lain seperti Kanun Keseksaan sekiranya perlu.

Perkara ini, seakan-akan menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius dalam pelan pemansuhan Akta Hasutan, seterusnya memperkuatkan lagi sentimen sedia ada, selepas kegagalan untuk melaksanakan janji-janji yang terdapat dalam manifesto Pakatan Harapan.

GHAH juga difahamkan pihak peguam negara telah menyediakan perundangan sewajarnya sekiranya Akta Hasutan dimansuh. GHAH menyeru agar wakil masyarakat sivil dilibatkan bersama dalam proses perangkaan undang-undang tersebut.

Hentikan penggunaan Akta Hasutan, mansuh segera!

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x