Home Coalitions Jerit Gaji minima RM900: Kerajaan BN buat ‘U-turn’

Gaji minima RM900: Kerajaan BN buat ‘U-turn’

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Keputusan “U-turn” Kabinet untuk memberi kelonggaran penuh (blanket deferment) kepada semua SME dalam pelaksanaan gaji minima RM900 sehingga 31 Disember 2013 amat dikesalkan oleh Jerit.

minimum wage

Sejak kebelakangan ini, Jerit banyak menerima aduan daripada pekerja migrant bahawa majikan gagal melaksanakan isu gaji minima.

Di beberapa tempat seperti Muar, Johor dan Nilai, Negeri Sembilan, para pekerja migrant yang telah bantahan. Pada hari ini, Jerit bersama PSM telah hadir ke Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini.

Jadi KSM membongkarkan bahawa Kabinet pada 15 Mac 2013 telah membuat keputusan untuk memberi kelonggaran penuh (blanket deferment) kepada semua SMEs (Industri Kecil dan Sederhana) sehingga 31 Disember 2013. Ini adalah satu “U Turn” dalam pelaksanaan gaji minima RM900 di mana pekerja migrant tidak perlu dibayar gaji mimima RM900 sehingga 31 Disember 2013. Tidak cukup dengan ini mana-mana syarikat lain yang merasakan tidak dapat melaksanakan gaji minima juga boleh membuat permohonan kepada KSM.

Jerit dan PSM agak terkejut dengan keputusan kabinet yang diambil secara terburu-buru hanya selepas satu bulan pelaksanaan gaji minima sejak Januari 2013. Alasan bahawa majikan terutamanya SME mengalami masalah dan tidak
bersedia untuk menguruskan pembayaran gaji minima adalah tidak masuk akal. Ini kerana keputusan melaksanakan gaji minima dibuat setelah banyak perbincangan, banyak kajian dibuat termasuk oleh World Bank dan hasil perdebatan oleh Majlis Perundingan Gaji Minima.

Oleh itu, keputusan Kabinet untuk memberikan kelonggaran sepenuhnya sehingga akhir tahun ini adalah keputusan politik untuk semata-mata mengembirakan pihak majikan. Keputusan Kabinet ini bukan sahaja memberi kesan kepada pekerja migrant, malah pekerja tempatan juga akan menjadi mangsa.

Pada asalnya, salah satu objektif KSM melaksanakan polisi gaji minima ialah untuk mengurangkan pergantungan negara kita terhadap pekerja migrant dan membasmi kemiskinan di kalangan pekerja tempatan yang mana 34 peratus pekerja Malaysia masih mendapatgaji kurang dari RM730 sebulan. Tetapi dengan memberi kelonggaran ini, matlamat ini tidak akan dicapai kerana selepas ini, majikan akan lebih rela mengambil lebih pekerja migrant dengan gaji yang murah, dan memangsakan pekerja tempatan.

Menurut KSM, 97 peratus syarikat di Malaysia adalah syarikat SME yang mempunyai 56 peratus daripada tenaga buruh. Ini bermakna kelonggaran diberikan kepada hampir semua majikan dan 56 peratus tenaga buruh terutamanya pekerja migrant tidak akan menikmati gaji minima.

Apa yang membimbangkan kami adalah apakah jaminan bahawa gaji minima akan dilaksanakan oleh syarikat SME mulai Januari 2014? Adakah masa yang diberikan ini adalah untuk para majikan mencari lebih banyak alasan dan helah untuk terus tidak memberikan gaji minima?

Dalam mesyuarat lalu pada 6 Februari 2013, Jerit dan PSM telah mencadangkan bahawa pihak Kerajaan mewujudkan dana untuk membantu SME dalam pelaksanaan gaji minima. Nampaknya pihak kerajaan lebih sibuk membelanjakan wang untuk memancing undi dan tidak serius dalam mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dalam jangka masa panjang.

Oleh itu jelas dilihat bahawa Gaji Minima ini adalah satu gimik pilihanraya semata-mata. Pengumuman ada, pelaksanaan tiada.

Kerajaan BN cakap tak serupa bikin. In January 2013, the Swedish household appliances brand Electrolux made the news for imprisoning and then dismissing a large group of workers.

Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas) menggabungkan dan mewujudkan satu jaringan untuk kumpulan masyarakat yang dipinggirkan oleh sistem politik, ekonomi dan sosial.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ShakrinaLIkram
4 Jul 2013 4.19pm

If the majority of SMes employers are still unable to meet the minimum wage of RM900.00 per month, can it be read as the actual profits from the incomes to output of production by these SMEs are not sufficient to accommodate the Government’s ruling? Just as the recent agreement to fix the fees for employing Indonesian maids at RM 8000.00 seemingly based on this and that!
Some employers have already been paying RM 12,000.00 for an Indon maid! And these maids too come under the same minimum wage category.
I believe JERIT and PSM must check again to see if we, Malaysians are at the receiving end or the migrants!
For the minimum wage suggested employers would be better employing locals instead of migrants and their getting to be expensive to maintain!
There must be some dirty dealing middlemen making mega bucks out of this minimum wage scam!

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x