Jika harga petrol dan tarif elektrik naik, semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik. Kos hidup rakyat akan naik. Apa yang akan berlaku kepada rakyat yang kebanyakkannya berpendapatan rendah? Adakah pembayaran rebet RM625 dan RM150 akan dapat mengurangkan beban rakyat? Tidak sama sekali, tegas Jerit.
Jerit mengecam tindakan Kerajaan Malaysia meningkatkan harga minyak sedangkan dunia menghadapi isu krisis makanan. Sudahlah harga makanan sedang melambung tinggi, sekarang harga petrol pula dinaikkan. Bukankah ini akan menyebabkan harga makanan naik lagi dan kos hidup rakyat meningkat?
Alasan adalah kerajaan tidak mampu membayar subsidi dan sebaliknya duit subsidi akan digunakan untuk pembangunan. Inilah yang dikatakan setiap kali harga petrol dinaikkan. Persoalannya pembangunan untuk siapa? Rakyat ke atau Kroni BN ?
Pada 2006 apabila harga petrol dinaikkan sebanyak 30 sen, pihak kerajaan mendakwa sebanyak RM4 billion akan dapat dijimatkan dan pengangkutan awam akan dipertingkatkan. Kini, setelah dua tahun, kita tidak nampak apa-apa perubahan dan tiada sebarang pembaikan dalam pengangkutan awam negara. Sekarang lagi sekali alasan yang sama digunakan, dan kita tahu dua tahun dari sekarang kita tidak akan lihat apa-apa perubahan.
Sekarang harga petrol ialah RM 2.70 dan diesel RM2.58. Ini akan menjadi lebih tinggi pada bulan Ogos di mana semua subsidi akan ditarik balik dan harga minyak akan ditentukan oleh pasaran dan ia boleh naik sampai RM3 hingga RM4 ringgit.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Jika harga petrol dan tarif elektrik naik, semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik. Kos hidup rakyat akan naik. Apa yang akan berlaku kepada rakyat yang kebanyakkannya berpendapatan rendah? Adakah pembayaran rebet RM625 dan RM150 akan dapat mengurangkan beban rakyat? Tidak sama sekali. Duit itu tidak bermakna kerana kos hidup rakyat akan naik 100 peratus dengan kenaikkan ini akibat kesan rantaian (chain reaction) apabila harga minyak naik.
Persoalannya di sini, kita negara pengeluar petrol, dalam pada itu kenapa rakyat Malaysia harus bayar harga pasaran dan bukannya harga yang lebih rendah untuk petrol. Bukankah petrol adalah sumber negara dan sumber negara adalah kepunyaan rakyat dan bukan syarikat swasta.
Pihak kerajaan asyik mengatakan harga minyak di negara kita yang paling rendah di Asia Tenggara. Ini adalah satu penipuan. Rakyat Brunei membayar harga minyak yang lebih rendah kerana negara itu adalah pengeluar minyak. Dan kenapa ambil Singapura dan Thailand sebagai perbandingan memandangkan negara tersebut bukan pengeluar minyak.
Satu lagi persoalan, apakah yang berlaku dengan untung Petronas? Keuntungan ini digunakan untuk apa? Kenapa untungnya tidak boleh digunakan untuk subsidi petrol untuk rakyat Malaysia? Jerit mencabar pihak Kerajaan supaya menunjukkan akaun Petronas kepada rakyat Malaysia. Ini selaras dengan janji Perdana Menteri yang mahukan sebuah kerajaan yang telus.
Semua harga barangan naik, tetapi gaji tidak naik sama sekali. Apabila rakyat tuntut Akta Gaji Minima, kerajaan kata, “Tak boleh nanti, inflasi naik.” Tetapi bila kapitalis tuntut harga petrol naik, kerajaan kata boleh, tidak apa, sebab inflasi naik sedikit sahaja. Jelas di sini kerajaan ini hanya pentingkan kapitalis dan bukan rakyat jelata!
Cukup sudah dengan penindasan ini. Kerajaan Barisan Nasional ini hanya mementingkan keuntungan dan bukan kebajikan rakyat. Tindakan Kerajaan menaikkan harga minyak tidak disusuli oleh apa-apa kebaikan kepada rakyat. Cuma beban rakyat sahaja yang bertambah.
Walaupun rakyat sudah memberi pengajaran yang cukup baik pada pilihanraya yang lepas tetapi nampaknya kerajaan tidak dapat mesej itu dengan jelas. Kini, pilihan berada di tangan rakyat!
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme