Home Coalitions Jerit Kempen basikal ‘raykat pengayuh perubahan’ dilancarkan

Kempen basikal ‘raykat pengayuh perubahan’ dilancarkan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim telah menyatakan sokongan penuh dan melancarkan kempen basikal Jerit “Rakyat pengayuh perubahan’ pada 29 November 2008 di perkarangan Stadium Melawati.

Program telah bermula dengan lagu “Power to People” memang tepat dengan program pelancaran. Kebanyakan orang yang hadir, memakai T-shirt Jerit merah memberi identiti tersendiri kepada majlis ini. Pengerusi Majlis memulakan program dengan sedikit pengenalan mengenai Jerit. Ucapan pertama adalah oleh Saudari Kohila, Penyelaras Jerit. Dalam ucapan beliau telah mengatakan bahawa Kempen Basikal ini diadakan untuk membawa mesej kesedaran kepada rakyat bahawa hanya mereka sahaja yang boleh membawa perubahan tulen dalam negara. Beliau juga telah menyeru semua orang untuk memberi sokongan kepada delegasi basikal apabila mereka sampai dikawasan-kawasan mereka dan seterusnya turun pada 18 Disember 2008 untuk hantar memorandum ke Parlimen.
 
Setelah ucapan beliau, satu team delegasi basikal telah mengayuh masuk di hadapan pentas. Dan wakil-wakil dari rakyat telah memberi enam tuntutan Jerit kepada Menteri Besar yang mangantungnya atas setiap basikal. Setelah itu Menteri Besar Khalid telah memberi ucapan pelancaran beliau. Khalid telah mengatakan bahwa beliau megah dalam melancarkan program Kempen Basikal ini. Beliau juga telah menyatakan bahawa adalah perlu gerakan seperti Jerit untuk mengingatkan tanggungjawab Kerajaan Pakatan Rakyat. Tambah Khalid Ibrahim, tuntutan Jerit adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk merakyatkan ekonomi negeri Selangor dan memberi sokongan penuh kepada kempen Jerit. Setelah ucapan pelancaran, beliau telah memotong belon yang dan seterusnya melancarkan Kempen Basikal Jerit.

Setelah itu slogan “Hidup Rakyat! Hidup Perjuangan!” dilaungkan dan majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada Khalid dan Exco Negeri Selangor Dr Xavier yang telah membantu Jerit dalam mengadakan pelancaran ini.  

Kempen  Basikal  Jerit Rakyat Pengayuh Perubahan  adalah satu inisiatif Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang akan berbasikal ke seluruh negara melalui pekan-pekan dan bandar-bandar utama dengan membawa mesej kesedaran tentang isu-isu semasa yang memberi tekanan kepada kehidupan rakyat. Antaranya adalah isu kenaikan harga minyak, penggunaan akta zalim seperti ISA ke atas rakyat,  isu global seperti alam sekitar dan krisis makanan yang dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia.

Kempen Basikal ini akan bermula di dua lokasi utama dari Utara dan Selatan  pada 3 Disember 2008 dan akan sampai ke perkarangan Parlimen Kuala Lumpur pada 18 Disember dimana memorandum dijangka dihantar kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang  Anwar Ibrahim. Sepanjang jalan para peserta akan mengedarkan risalah kesedaran dan juga menghantar memorandum kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri yang disinggahnya. Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri telah dimaklumkan.

Kempen Basikal “Rakyat Pengayuh Perubahan” akan membawa isu dan masalah rakyat yang sebenar kepada platform nasional. Kami menyeru rakyat biasa untuk menyertai dan menyahut panggilan kami untuk bersama-sama menjayakan kempen ini.

Disertakan disini senarai organisasi dan individu yang menyokong Kempen dan Tuntutan “Rakyat Pengayuh Perubahan”:

1.     YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri  Dato Abdul Khalid Ibrahim

2.     YAB Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

3.     YB Timbalan Ketua Menteri Prof Dr P.Ramasamy

4.     Kerajaan Negeri Selangor

5.     Kerajaan Negeri Perak

6.     Kerajaan Negeri Pulau Pinang

7.     Kerajaan Negeri Kedah

8.     ADUN Kota Damansara YB Dr Nasir

9.     ADUN Seri Andalas dan Exco Negeri Selangor YB Dr Xavier

10.   ADUN Bukit Lanjan  & Exco Negeri Selangor YB Elizabeth Wong

11.   MP Sungai Siput Dr Jeyakumar

12.   MP  Batu Gajah YB Fong Poh Kuan

13.   MP Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli

14.   ADUN TEJA, YB Chang Lih Khang

15.   Ahli Parlimen Klang YB Charles Santiago   

16.   ADUN Teratai  Jenice Lee Ying Ha

17.   ADUN Pandamaran dan Exco Negeri Selangor YB Ronnie Liu

18.   ADUN  Kinrara , MP Seputeh, Exco Kanan Negeri Selangor YB Teresa Kok

19.   ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai

20.   ADUN Rawang YB Gan Pei Nei

21.   ADUN Kota Alam Shah YB Manogaran

22.   ADUN Sri Muda Yb Suhaimi

23.   MP Kapar YB Manickavasagam

24.   MP Bukit Gantang YB Roslan Sharom

25.   MP PJ Selatan Yb Hee Loy Sian

26.   Parti Sosialis Malaysia

27.   Parti Rakyat Malaysia

28.   Parti Islam Semalaysia (PAS)

29.   Parti Keadilan Rakyat

30.   Democratic Action Party

31.   Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

32.   KOMAS

33.   PERMAS

34.   DEMA

35.   Empower

36.   Centre for Orang Asli Concern (COAC)

37.   People’s Parliament

38.   Civil Right Commitee of Kuala Lumpur& Selangor  Chinese Assembly Hall.  

39.   Youth Section of Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall

40.   Women’s Aid organisation (WAO)

41.   Migrant Care

42.   LLG Cultural Development Centre

43.   All Women’s Action Society ( AWAM)

44.   Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI)

45.   Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)

46.   DAP PJU Parliament Liaison

47.   Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)

48.   Centre for Independent Journalism (CIJ)

49.  Malaysian Trade Union Congress (MTUC)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x