Seramai 44 badan bukan kerajaaan mahu kerajaan menggariskan suatu polisi perumahan Rakyat yang berfaedah dan mengutamakan isu ini dari membelanjakan untuk projek mega.

Deklarasi Hari Habitat Sedunia 2013
Sempena Hari Habitat Sedunia 2013, Jerit bersama kumpulan -kumpulan organisasi masyarakat menuntut kerajaan Malaysia;
- Menyediakan perumahan mampu milik yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial, keluarga dan komuniti.
- Hentikan ancaman kepada habitat Rakyat dengan projek seperti Lynas, lombong emas di Bukit Koman dan projek petrokimia di Pengerang.
- Kerajaan harus mengambil alih penyelenggaraan bagi flat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia.
- Menggubal undang–undang skim perumahan sendiri pekerja ladang
- Iktiraf tanah adat orang asli/asal; hentikan rampasan tanah adat.
- Hentikan pengusiran paksa dan iktiraf hak peneroka bandar
Pada 2012, dalam Budget 2013 , Perdana Menteri beria-ia mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini dengan mudah dapat memiliki rumah mampu milik yang berharga RM100,000 hingga RM400,000. Kerajaan juga akan membina 123,000 unit rumah dengan kelonggaran maksima dalam memiliki rumah pertamaku.
Tapi apakah 70 peratus rakyat Malaysia dengan pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM3,000 dapat memiliki satu rumah mampu milik? Adakah PR1MA ini telah menyelesaikan masalah perumahan di Malaysia terutamanya di bandar–bandar besar.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sejak 10 tahun kebelakangan ini, harga hartanah di Malaysia melonjak sangat tinggi. Bukan itu sahaja, kos sara hidup juga telah meningkat begitu tinggi sekali sehingga gaji RM3000 pun tidak cukup untuk hidup sekarang. Maka dalam keadaan ini, apakah pilihan rakyat untuk memiliki satu rumah yang “decent”?
Bukan itu sahaja, keghairahan kerajaan dalam membelanjakan wang dalam projek-projek yang tidak memanfaatkan rakyat seperti pembinaan Menara Warisan yang akan menelan belanja lebih kurang 5 billion tidak membantu dalam penyelesaian isu perumahan rakyat.
Apakah fungsi Menara Warisan 100 tingkat kepada rakyat, manakala ramai rakyat Malaysia masih tidak mempunyai rumah yang selesa mahupun rumah untuk tinggal? Bukan setakat tiada rumah, tetapi tindakan kerajaan yang membenarkan syarikat seperti kilang Lynas beroperasi di Malaysia, merosakkan habitat rakyat dan mengancam nyawa rakyat.
Rumah Rakyat sarang burung; menara dibina bagaikan istana kaca!
Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) sempena Hari Habitat Sedunia pada 7 Oktober 2013 menuntut kerajaan mengimplementasi Deklarasi Agenda Habitat di Istanbul, 1986 yang ditandatanganinya. Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada perumahan yang mencukupi dan selesa dan memberi komitmen untuk menyediakannya untuk rakyat. Akan tetapi apakah langkah–langkah yang diambil selain daripada polisi–polisi kosong?
Di peringkat antarabangsa, hak perumahan dan petempatan untuk setiap manusia diberikan keutamaan dan dijamin melalui resolusi-resolusi antarabangsa. Resolusi-resolusi ini memastikan dan menjamin sesebuah kerajaan harus menyediakan perumahan yang mencukupi dan selesa kepada setiap rakyatnya.
Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani beberapa resolusi antarabangsa. Antaranya yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia adalah Deklarasi Habitat Agenda 1992, Agenda 21 dan Resolusi Suruhanjaya Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Perumahan 1993.
Di Malaysia polisi-polisi dan pelaksanaan perancangan perumahan oleh kerajaan seringkali dipertikaikan oleh rakyat mahupun badan-badan bukan kerajaan. Kerajaan Malaysia demi merealisasikan pembentukkan negara maju telah dan sedang mengabaikan kepentingan perumahan dan petempatan golongan berpendapatan rendah seperti pekerja-pekerja ladang, masyarakat kampung, masyarakat peneroka bandar (setinggan), masyarakat Orang Asli/Orang Asal, masyarakat nelayan, masyarakat petani, masyarakat miskin bandar dan juga kelas pertengahan bandar.
Akibat harga rumah yang melambung tinggi, masyarakat miskin dan kelas pertengahan bandar tidak dapat memiliki sebuah rumah. Masyarakat peneroka bandar pula disumbat dalam flat-flat kos rendah bagaikan sarang burung yang mengundang pelbagai masalah sosio-ekonomi. Pekerja ladang dihalau dari ladang tanpa sebarang perumahan alternatif.
Polisi-polisi kerajaan yang membenarkan pelaburan asing di Malaysia kini mengancam kehidupan rakyat. Perlombongan emas dengan menggunakan cynide dan nadir bumi projek Lynas di Pahang banyak mengundang ancaman kepada kesihatan penduduk yang tinggal disekitarnya. Kegagalan kerajaan Malaysia mengawal pembalakan haram serta pembangunan kawasan hutan (yang tidak terancang) menyebabkan masyarakat Orang Asli/Asal kehilangan tempat tinggal dan juga Tanah Adat yang sangat bernilai pada mereka.
Bukan itu sahaja, kelas pertengahan juga menghadapi masalah memiliki rumah kerana harga rumah melambung tinggi dan banyak spekulasi berlaku dalam sektor hartanah.
Dalam keadaan ini, kerajaan pula berbelanja dengan boros untuk perkara–perkara seperti pembinaan Menara Warisan –RM5 billion, rumah terbuka Perdana Menteri – RM2.88 juta menjadikan Pejabat PM bangunan hijau – RM110 juta, Projek MRT (Lembah Kelang ) – RM43 billion dan sebagainya. Kalau kerajaan menggunakan duit rakyat untuk projek mega sebegini, bagaimana ia boleh menyelesaikan isu perumahan Rakyat?
Isu perumahan Rakyat biasa semakin hari semakin teruk dimana harga rumah adalah terlalu tinggi sehingga Rakyat biasa tidak dapat memilikinya, masalah Rakyat “homeless” meningkat dan habitat Rakyat diancam dengan projek mega ataupun projek yang membahayakan nyawa rakyat.
Adalah tugas sebuah kerajaan untuk memastikan keperluan asas Rakyat dipenuhi. Rumah adalah satu keperluan asas. Maka perlulah kerajaan Malaysia menggariskan satu polisi perumahan Rakyat yang berfaedah dan mengutamakan isu ini dari membelanjakan untuk projek mega. Kerajaan harus mengambil kira semua lapisan masyarakat dalam menangani isu perumahan dan bukan hanya fokus kepada ‘vote bank”.
Perumahan untuk semua!
Kenyataan bersama ini disokong oleh:
1. Aliran
2. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
3. Angkatan Warga Aman Malaysia (Wargaaman)
4. Community Action Network (Can)
5. Dapur Jalanan Kuala Lumpur
6. Engage
7. Federation Of Malaysian Indian Organisations (PRIMA)
8. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma(GMPP)
9. Himpunan Hijau
10. Jawatankuasa Penduduk Kg.Hakka Mantin
11. Jawatankuasa Penduduk Ladang Bangi
12. Jawatankuasa Penduduk Ladang Dunedin Semenyih
13. Jawatankuasa Penduduk Ladang Semenyih
14. Jawatankuasa Penduduk Taman Permata Dengkil
15. Kelab Bangsar Utama
16. KL Selangor Chinese Assembly Hall Youth
17. Lawyers for Liberty (LFL)
18. Malaysia Youth & Students Democratic Movement (Dema)
19. Malaysian Indians Progressive Association (Mipas)
20. Malaysian Indians Transformation Action Team (Mitra)
21. Malaysians Against Death Penalty and Torture (Madpet)
22. Malaysians for Beng Hock
23. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
24. Pemuda Persatuan Murid- Murid Tua Sekolah Serdang Bharu
25. Pemuda Sosialis PSM
26. People’s Welfare And Rights Coalition (Power)
27. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan KL
28. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)
29. Persatuan Penduduk Taman Muhibah
30. Persatuan Prihatin Belia Malaysia (Prihatin)
31. Persatuan Sahabat Wanita, Selangor
32. Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas)
33. Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC)
34. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
35. Selangor and KL Hokkien Association
36. Selangor and KL Hokkien Association Youth Section
37. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
38. Tamilar Action Force (TAF)
39. Tenaganita
40. Women’s Aid Organisation (WAO)
41. Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
42. Gindol Initiative for Civil Society Borneo
43. UK-based Borneo Right International [ BRI]
44. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
45. Pahang Raub Ban Cyanide in Gold Mining Action Committee
46. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme