CYBERJAYA, 18 Jan — Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) mengkritik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) kerana tidak tegas mengambil tindakan ke atas dua syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga, di atas masalah bekalan air di negeri tersebut.
Menurut pengerusinya, Charles Santiago, pihaknya kecewa atas sikap Span yang lambat mengambil tindakan dan seharusnya mengetahui masalah ini sebelum ia berlaku.
“Mereka sudah mengaudit pusat pemprosesan air Syabas, dan apabila kita tanya apa keputusannya, mereka enggan untuk komen,” kata Santiago dalam sidang media selepas pertemuannya dengan pegawai-pegawai Span di sini.
“Sebagai regulator bekalan air, Span mesti bertindak cepat.”
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Turut hadir dalam pertemuan dengan pegawai Span ialah Senator Syed Shahir Syed Mohamud dan Exco NGO Aliran Sarajun Hoda.
Sementara itu, Syed Shahir berkata, masalah bekalan air di Selangor dapat diselesaikan dengan cepat sekiranya Span melakukan kerjanya pengawal selia syarikat pembekalan air.
“Soal yang berlaku sekarang boleh diatasi sekiranya Span lakukan tugasnya, iaitu mengambil tindakan ke atas syarikat konsesi yang gagal membekalkan air dengan baik.
“Kita bukan mahu Span lakukan tugas lebih dari bidang kuasanya, kita hanya mahu Span laksanakan tugasnya sebagai regulator syarikat air, itu sahaja,” kata Syed Shahir lagi, dan menambah kerajaan negeri Selangor sudah bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini.
“Kita bukan mahu pinpoint salah siapa-siapa, kita cuma mahu semua pihak kerja sama-sama bagi menyelesaikan masalah ini,” kata Syed Shahir lagi.
Exco Aliran yang merupakan ahli CAWP, Sarajun Hoda, pula bimbang kawasan-kawasan lain akan turut terjejas sekiranya Span tidak tegas mengambil tindakan ke atas Syabas dan Puncak Niaga.
“Bila breakdown di Wangsa Maju, ini menunjukkan Span tak buat kerja. Sebab mereka dah pantau benda ini, kerosakan pam tu setahun lepas.
“Dan conflicting statement (maklumat bercanggah) dalam media, ini tidak baik kepada rakyat,” kata Sarajun lagi.
Semalam (17 Januari), Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor dimaklumkan Syabas bahawa kawasan gangguan bekalan air yang disebabkan oleh kerosakan rumah pam Wangsa Maju telah pulih sepenuhnya.
Semua kawasan telah mula mendapat bekalan air termasuk kawasan tinggi seperti di Bandar Sri Permaisuri.
Mengenai kejadian henti tugas loji Sungai Semenyih pada 14 Januari, didapati bahawa pengeluaran air terawat oleh Loji Sungai Semenyih telah pulih sepenuhnya. Syabas telah melaporkan bahawa 349000 akaun pengguna terjejas dengan gangguan ini.
Setelah loji ini dipulihkan, bekalan air telah disalurkan semula pada jam 8.00 malam pada hari yang sama semasa kejadian tersebut. Hasilnya kawasan-kawasan yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Semenyih telah beransur-ansur mendapat bekalan air terawat semula.
Sumber: The Malaysian Insider
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme