
Tarikh: 14 April 2018
Masa: 3-5 petang
Lokasi: Kuala Lumpur Teaching Centre, Chulan Tower, University of Nottingham Malaysia Campus
Moderator: Prof Zaharom Nain, University of Nottingham
Panelis:
- Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa, Islamic Rennaisance Front (IRF)
- Dr Prema Devaraj, Aliran
- Dr Andrew Aeria, penyelidik bebas
Anjuran bersama Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran) dan University of Nottingham
Daftar di sini/Register here: https://goo.gl/forms/pem6sqMxAO4VXIw82
Menjelang pilihan raya umum 2018, isu berkaitan perpecahan pembangkang dan tsunami Melayu mendominasi polemik semasa. Turut diperdebatkan ialah kemampuan Barisan Nasional mempertahankan tampuk kuasa apabila popularitinya semakin merundum oleh kerana kenaikan harga barang, kos kehidupan yang semakin tinggi, rasuah yang berleluasa dan skandal yang berpanjangan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Walaupun penting, polemik ini telah meminggirkan fokus pengundi terhadap isu yang lebih besar, iaitu dasar dan ideologi parti yang bertanding. Forum anjuran bersama Aliran dan University of Nottingham ini bertujuan untuk mengembalikan fokus umum terhadap dua isu utama ini.
Melalui forum ini, persoalan mengenai hala tuju Malaysia dari aspek politik, ekonomi dan sosial samada di bawah pemerintahan BN atau pembangkang akan diperhalusi. Polemik ini diharap dapat merungkai persoalan parti manakah yang layak mendapat kepercayaan pengundi untuk memerintah negara bagi lima tahun akan datang.
Panelis yang terdiri daripada sarjana terkemuka negara dan aktivis masyarakat yang berpengaruh akan mengupas isu ini secara objektif dan kritis.
Zaharom Nain adalah professor kajian media dan komunikasi di University of Nottingham, Malaysia. Beliau juga merupakan ahli kawatankuasa eksekutif Aliran.
Ahmad Farouk Musa adalah pengerusi dan pengarah IRF. Pakar bedah kardiotorasik ini juga merupakan ahli akademik di Monash University dan mantan timbalan pengerusi Bersih 2.0.
Prema Devaraj adalah presiden Aliran. Beliau telah bergiat aktif dengan Women’s Centre for Change, Penang selama 17 tahun. Prema juga adalah pakar runding kepada agensi nasional dan antarabangsa dalam isu berkaitan gender.
Andrew Aeria adalah penyelidik bebas dan juga ahli Aliran. Beliau juga merupakan mantan professor madya di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Daftar di bawah atau kunjungilah https://goo.gl/forms/pem6sqMxAO4VXIw82
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme