
Kepada semua pengunjung laman sesawang Aliran, khususnya pembaca beragama Islam, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri.
Hari yang meriah yang ditunggu-tunggukan ini lazimnya disambut dengan kesyukuran terhadap Ilahi setelah kita berjaya menghadapi pelbagai cabaran dalam bulan Ramadan. Kegembiraan juga menjelma apabila kita bertemu sanak saudara dan rakan-rakan sambil menjamah kuih, ketupat, rendang dan bermacam-macam juadah lagi.
Di samping itu, kita juga perlu mengingati kelompok rakyat Malaysia yang ditimpa malang. Penumpang dan krew pesawat MAS MH370 dan MH17 telah diragut nyawa. Kita bersimpati dengan kaum keluarga dan rakan-rakan mereka yang kehilangan orang yang disayangi. Kami doakan ketabahan hati mereka apabila menghadapi realiti yang menyayatkan hati ini.
Keluarga Aliran juga mengharapkan keamanan yang lebih baik di masa akan datang dalam negara kita yang masih dihantui perasaan rasis serta fahaman agama yang taksub yang memecah-belahkan rakyat pelbagai golongan etnik di Malaysia.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Keadaan yang meruncing di Asia Barat, khususnya di Palestin, juga amat membimbangkan kerana jika tiada sesuatu tindakan tegas yang dapat diambil oleh komuniti antarabangsa, ramai lagi rakyat Palestin di Gaza akan menjadi mangsa kerakusan militer regim Zionis Israel.
Sekian, dan salam sejahtera.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
26 July 2014
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme