
Bengkel selama dua hari ini 13-14 Mei 2017 bertujuan untuk membimbing penulis muda menyusun buah fikiran mereka dan menghasilkan artikel pendek. Artikel yang terpilih akan disiarkan di laman web Aliran.
Aliran percaya bahawa anak muda hari ini mempunyai tanggungjawab yang penting dalam melahirkan Malaysia yang lebih baik. Selain daripada mengundi dan menyertai perhimpunan aman, turut sama pentingnya untuk anak muda diperkasakan bagi mencipta dan bertukar-tukar idea yang menjurus kepada perubahan terutamanya melalui tulisan.
Aliran memutuskan untuk menganjurkan satu bengkel penulis muda pada tahun ini. Kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris akan digunakan di dalam bengkel ini.
Bengkel
Kita akan meneroka asas-asas penulisan artikel berdasarkan topik yang berada di bawah tema anak muda dan aktivisme. Mereka akan melihat pelbagai bentuk kreatif yang boleh memberi inspirasi kepada penyertaan politik anak muda yang melampaui politik kepartian dan pengundian sewaktu pilihan raya umum.
Peserta digalakkan untuk melihat bagaimana anak muda, sebagai pemimpin masa hadapan, boleh membuat perubahan dengan menyalurkan kreativiti dan idealisme mereka ke dalam artikel yang boleh menginspirasikan perubahan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Fasilitator:
Dr Azmil Tayeb
Dr Mustafa K Anuar
Anil Netto
Henry Loh
Tetamu jemputan: Mohd Hariszuan Jaharudin
Tarikh: 13-14 Mei 2017 (Sabtu/Ahad)
Lokasi: Pejabat Aliran, 103 Medan Penaga, 11600 Penang
Sasaran: Anak muda berumuran 18-35
Yuran penyertaan: RM20
Peserta diminta turut serta selama dua hari.
Sila isikan borang pendaftaran di bawah. Tarikh akhir pendaftaran ialah 10 Mei 2017.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme