Aliran akan masuk ke dalam era digital sepenuhnya dari tahun 2014 setelah Aliran Monthly dihentikan penerbitannya pada penghujung tahun akan datang.
Majalah yang bermula sebagai ‘quarterly’ pada tahun 1980 sebelum ia menjadi bulanan empat tahun kemudiannya sekarang mencapai tahun ke32 dalam sejarah penerbitannya.
Dengan memberhentikan penerbitan pada penghujung tahun 2013, Aliran berharap dapat membebaskan dirinya dari segi bebanan masa, tenaga dan dana, dan juga tarikh ajal yang berkaitan dengan penerbitan majalah itu. Kos yang meningkat juga telah menyumbang kepada usaha memberhentikan majalah ini. Wang dan sumber lain yang boleh dijimatkan akan disalurkan kepada usaha pendigitalan Aliran.
Selain daripada mengubahsuai format laman web, Aliran juga akan menggunakan e-newsletter dan jaringan media sosial bagi meluaskan lagi capaian taliannya. Kesemua ini memerlukan penglibatan luas dari ahli.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ini adalah salah satu perkara utama yang dibincangkan di Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Aliran ke36 hari ini.
Sarjana aktivis Dr Francis Loh kekal dengan kedudukannya sebagai presiden Aliran di MAT persatuan itu hari ini. Begitu juga halnya dengan Dr Mustafa K Anuar dan Anil Netto yang masing-masing dilantik semula sebagai setiausaha kehormat dan bendahari kehormat. Henry Loh telah dilantik sebagai pembantu setiausaha yang baru.
Ahli-ahli juga melantik orang berikut dalam jawatankuasa eksekutif: P Ramakrisnan, Dr Prema Devaraj, Andrew Wong, Dr Soon Chuan Yean, Dr Andrew Aeria, Sarajun Hoda bin Abdul Hassan, Angeline Loh, Dr Subramaniam Pillay, Dr Lye Tuck-Po, Dr Molly Lee dan Dr Christopher Chong Eu Choong.
Ch’ng Teng Liang dilantik sebagai auditor kehormat.
Dalam ucaptamanya, Loh telah memberi tumpuan kepada ketegangan antara politik lama dan baru di Malaysia: ‘lama’ merujuk kepada proses politik yang berdasarkan etnik, kroni dan ketidak-telusan yang berkaitan dengan dominasi Umno-BN; ‘baru’ merujuk kepada usaha mengembangkan demokrasi dan nyahpemusatan serta pemerintahan yang baik sepertimana diketengahkan oleh Bersih 3.0 dan kemunculan sistem dua parti.
“Ketegangan antara politik lama dan baru inilah yang mencirikan haluan politik di Malaysia hari ini. Inilah realitinya walaupun ahli politik dan media arus perdana masih berpaut kepada pembahagian etnik dan polarisasi,” tambah Loh.
Loh juga menyatakan bahawa tahun ini merupakan yang bersejarah kepada Aliran. Persatuan itu telah memberi sumbangan idea kepada Jawatankuasa Khas Parlimen tentang Reformasi Pilihanraya, telah menganjurkan Duduk Bantah 3.0 di Penang Esplanade yang menarik minat 10,000 orang, dan menganjur forum tentang Pilihanraya dan Demokrasi di mana Ambiga Sreenevasan menjadi pengucap utama. Aliran juga telah mengadakan majlis hi-tea di Pulau Pinang sehari selepas Bersih 3.0 diadakan di mana Sasterawan Negara Pak Samad berucap mengenai pengalamannya di Kuala Lumpur dan berdeklamasi sajaknya.
Dr Mustafa K Anuar
Setiausaha Kehormat
25 November 2012
Aliran goes digital, broadens online presence
Aliran will be going fully digital from 2014 with Aliran Monthly being phased out over the coming year.
The magazine which began life as a quarterly in 1980 before becoming a monthly four years later, is now in its 32nd year of publication.
By stopping the publication at the end of 2013, the society hopes to free itself of the time, energy and funds, indeed the monthly schedule imposed to produce the magazine. Rising costs have also contributed to the decision to phase out the magazine. The savings in costs and resources would then be rechannelled to Aliran’s digitisation efforts.
Apart from revamping and redesigning the website, Aliran will use e-newsletters and social media networking tools to boost its online outreach. All this will require greater participation from its members.
This was one of the main highlights of the discussion at the 36th annual general meeting today.
Scholar activist Dr Francis Loh retained his position as Aliran president. Similarly Dr Mustafa K Anuar and Anil Netto were re-elected as honorary secretary and honorary treasurer respectively. Henry Loh was elected as the new assistant secretary.
Members also elected the following to the executive committee: P Ramakrishnan, Dr Prema Devaraj, Andrew Wong, Dr Soon Chuan Yean, Dr Andrew Aeria, Sarajun Hoda bin Abdul Hassan, Angeline Loh, Dr Subramaniam Pillay, Dr Lye Tuck-Po, Dr Molly Lee and Dr Chistopher Chong Eu Choong.
Ch’ng Teng Liang was elected honorary auditor.
In his keynote address, Loh focussed on the simmering tensions between old and new politics in Malaysia: ‘old’ referring to the ethnic-based crony-ridden non-transparent processes associated with Umno-BN dominance; ‘new’ referring to the push towards democratisation, decentralisation and good governance promoted by events like Bersih 3.0 and the emergence of a two-party system.
“It is this tension between old and new politics that characterises the ebb and flow of politics in Malaysia today. This is so despite the claims by politicians and the mainstream media that harken back to our ethnic divisions and polarisation.”
Loh also noted it had been a most eventful year for Aliran. The society had presented submissions to the Parliamentary Select Committee on Electoral Reforms, organised Duduk Bantah 3.0 at the Penang Esplanade, which drew 10,000 people and held a forum on Elections and Democracy which featured Ambiga Sreenevasan as the main speaker. Aliran also held a high-tea in Penang on the day after Bersih 3.0 when national laureate Pak Samad Said spoke about his experience in KL and read a poem.
Dr Mustafa K Anuar
Honorary Secretary
25 November 2012
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme