Aliran mengalu-alukan pelantikan Subromaniam Tholasy sebagai ketua pengarah Kastam DiRaja Malaysia yang baharu terutamanya selepas terdapat beberapa gesaan dari beberapa NGO tertentu yang melobi calon Melayu tanpa mengambil kira kelayakannya.
Kami percaya pihak berwajib telah membuat pilihan berdasarkan meritokrasi dan keadilan – bukannya berasaskan sikap taksub dan rasisme yang berselindung di sebalik etnik dan agama.
Apatah lagi apabila baru-baru ini terdapat gesaan daripada sebuah NGO yang terkenal dengan sikap biasnya terhadap etnik dan agama tertentu telah menuntut supaya hanya orang Melayu Muslim sahaja yang dibenarkan memerintah negara. Sekiranya permintaan ini dipedulikan, ia bererti kita telah tunduk dengan amalan ketaksuban ini.
Kastam Diraja Malaysia seharusnya menjalankan tugas mereka demi kebaikan rakyat Malaysia bersama tanpa mengira etnik, agama, jantina dan latar belakang politik seseorang.
Dengan mengambil pendirian profesional dan adil, pihak berwajib telah berjaya meningkatkan profesionalisme di dalam perkhidmatan awam mengekang ekstremisme etnik-agama di negara ini dari terus berkembang.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Dr Mustafa K Anuar
Setiausaha Kehormat
25 March 2017
Diterjemahkan oleh Mohd Sazni Ahmad Salehudin.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme