
Kecenderungan untuk menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan perselisihan pendapat, khususnya membabitkan isu-isu umum, perlu diberikan perhatian yang serius.
Kurang 10 hari yang lepas, kita dipertontonkan secara langsung adegan sebabak produser filem, David Teo, ditampar oleh pelakon veteran ‘Mat Over’ betul-betul di hadapan perdana menteri. Kejadian tersebut berlaku ketika sesi dialog TN50 bersama para penggiat seni di Seri Perdana pada 17 Mei 2017. Tamparan tersebut dilayangkan susulan kenyataan David Teo yang dianggap bersifat kurang sopan oleh Mat Over.
Tidak lama selepas itu, kejadian yang sama berulang kembali membabitkan pegawai penerangan ketua menteri Pulau Pinang, Mejar Zaidi Ahmad. Beliau dilaporkan telah ditampar oleh salah seorang daripada kumpulan protester yang dikatakan membantah campur tangan kerajaan negeri terhadap pengeluaran fatwa negeri tersebut.
Sejak setahun yang lepas, sebilangan ahli politik, penyokong Bersih 5, dan bahkan wartawan sekalipun turut menjadi mangsa kepada budaya kekerasan yang semakin membarah ini.
Aliran mengutuk penggunaan kekerasan dalam menyelesaikan perselisihan pendapat. Budaya ini dilihat semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini melalui siri-siri protes agresif. Ancaman kekerasan yang dilemparkan oleh sebilangan ahli dalam kumpulan ini amatlah bertentangan dengan ketetapan norma perhimpunan awam.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Jika pembuli-pembuli ini tidak diadili dengan sewajarnya, ia dibimbangi akan mendorong mereka untuk meneruskan kelakuan agresif tersebut. Jika kelakuan ini dibiarkan berleluasa, ia akan dilihat sebagai suatu kebiasan dan menggalakkan golongan muda untuk menirunya.
Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa perlu memberikan amaran kerasa kepada masyarakat agar tidak berkompromi dengan kelakuan keras sebegini dan mengambil tindakan segera untuk mengheret pelaku-pelakunya ke muka pengadilan. Kelakuan agresif seperti ini tidak seharusnya mendapat ruang untuk bercambah dalam masyarakat kita.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
26 Mei 2017
Diterjemahkan oleh Razan Rose.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Berani kerana benar, takut kerana salah. Tapi di Malaysia, kalau kau kantoi salah atau tembelang kau pecah jangan risau, kasi lempang aje orang tu