Home Media statements Adakah terdapat perjanjian antara Goldman Sachs dan kerajaan Malaysia untuk pampasan yang...

Adakah terdapat perjanjian antara Goldman Sachs dan kerajaan Malaysia untuk pampasan yang lebih tinggi?

Keseluruhan tuntutan penyelesaian antara Goldman Sachs dan pasukan perunding Mahiaddin harus menjadi isu pengauditan forensik yang menyeluruh

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Di dalam autobiografi Tommy Thomas berjudul My Story: Justice in the Wilderness, bekas peguam negara itu berkata beliau “yakin dapat memperoleh semula” kerugian besar daripada Goldman Sachs yang dialami kerajaan Malaysia berikutan tiga terbitan bon 1MDB.

Thomas mengemukakan angka lebih $9.6bn (kira-kira RM43bn) sebagai kehilangan prinsipal dan faedah, sebelum ditolak faedah kewangannya daripada bon (ms 315, 317).

Walau bagaimanapun, apabila Mahiaddin Yasin dan pasukannya mengambil alih kerajaan melalui pintu belakang, pentadbirannya dilaporkan menerima tawaran penyelesaian hanya sekitar $2.5bn (RM11bn) ditambah dengan $1.4bn aku janji untuk aset yang boleh diperolehi semula. Jumlah itu mencecah kira-kira $3.9bn (kira-kira RM17bn). Ini jauh lebih rendah daripada angka diberikan Thomas.

Aliran menggesa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk menyiasat rekod pentadbiran terdahulu.

Adakah Goldman Sachs bersetuju dengan angka yang tinggi dengan kerajaan Malaysia sebelum ia diselesaikan Mahiaddin?

Jika ya, apakah wujud perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan dan Goldman Sachs untuk jumlah yang lebih tinggi ini?

Sekiranya terdapat perjanjian sedemikian yang tidak didedahkan kepada umum, kami menggesa kerajaan Anwar untuk mendedahkan perjanjian itu kepada umum.

Daripada menyiasat hanya isu tertentu dalam keseluruhan buku untuk menenangkan pihak tertentu, Aliran percaya adalah lebih produktif bagi kerajaan Malaysia untuk menumpukan perhatiannya pada bab berkaitan Goldman Sachs (ms 301-323).

Malah, keseluruhan penyelesaian di antara Goldman Sachs dan pasukan perunding Mahiaddin harus menjadi isu pengauditan forensik yang menyeluruh.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
18 Mac 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x