Home Media statements Ahli-ahli Aliran dalam mesyuarat tahunan mengecam serangan AS-Israel ke atas Iran

Ahli-ahli Aliran dalam mesyuarat tahunan mengecam serangan AS-Israel ke atas Iran

Ahli-ahli Aliran dari lantai mesyuarat turut menegaskan semula keperluan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan kewujudan "mafia korporat" dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Ahli-ahli Aliran yang menghadiri mesyuarat agung tahunan kumpulan itu semalam mengecam serangan AS-Israel yang tidak berprovokasi ke atas Iran dan pencerobohan Israel ke atas Lubnan.

Serangan dan pencerobohan tersebut telah melontarkan seluruh rantau Asia Barat ke dalam pergolakan, mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam yang tidak bersalah serta penderitaan kemanusiaan yang amat besar. Impak ekonominya turut dirasai di seluruh dunia dan berkemungkinan akan semakin buruk.

Mereka meluahkan kemarahan terhadap pencabulan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB, serta mengecam penggunaan agama sebagai senjata untuk membenarkan serangan tersebut. Mereka turut berasa bimbang dengan penderitaan kemanusiaan yang dahsyat akibat genosid yang berterusan di Gaza, di mana puluhan ribu orang telah terkorban.

Menyentuh isu-isu dalam negara, presiden Aliran Anil Netto berkata kumpulan itu boleh membina atas inisiatif masyarakat sivil Agenda Rakyat yang terdahulu menjelang pilihan raya umum.

Beliau berkata, khususnya, “adalah amat penting untuk memastikan proses pelantikan bagi jawatan-jawatan utama dalam badan kehakiman, SPRM dan pejabat pendakwa raya yang baharu adalah telus dan boleh dipercayai”.

Ahli-ahli Aliran dari lantai mesyuarat menegaskan semula keperluan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan kewujudan “mafia korporat” dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, serta untuk mempertanggungjawabkan ketua SPRM atas sebarang penyalahgunaan kuasa atau salah laku.

Dalam pemilihan jawatankuasa Aliran ang baharu, ahli-ahli memilih semula Anil sebagai presiden.

Mary Magadelene Pereira meneruskan jawatan sebagai setiausaha kehormat, Dr Azmil Tayeb sebagai penolong setiausaha kehormat, dan Henry Loh sebagai bendahari kehormat.

Turut dipilih semula ke jawatankuasa eksekutif ialah mantan presiden Aliran Dr Prema Devaraj, Dr Mustafa K Anuar, Andrew Wong, Prof Zaharom Nain, Dr Christopher Chong, Dr Por Heong Hong, K Haridas, Sarajun Hoda Abdul Hassan, Dr Lye Tuck-Po dan John Fong..

READ MORE:  Trump unbound: Defying courts, allies and now the world

Bekas intern Aliran Dr Cheah Wui Jia turut dipilih ke dalam jawatankuasa.

David Yeoh dipilih sebagai juruaudit kehormat.

Henry Loh
Bendahari kehormat
26 April 2026

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x