Aliran mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan arahan mahkamah sebelum ini yang terpakai bagi membenarkan ibu tunggal, Loh Siew Hong, hak penjagaan ke atas ketiga-tiga anaknya.
Kami berharap keputusan ini akan menamatkan pengalaman ngeri yang dilalui oleh Loh, yang dipisahkan dari dua anak perempuan kembarnya serta seorang anak lelakinya sejak tiga tahun lalu. Ia sebuah penyatuan keluarga yang terlalu lama dinafikan kepada mereka.
Kasih dan pertautan di antara ibu dan anaknya tidak patut dipisahkan, apatah lagi, oleh orang yang ketiga. Agama tidak sepatutnya digunakan bagi memisahkan mereka.
Kami berharap tiada pihak yang akan menghalang penyatuan keluarga ini, yang sudah pun dibenarkan oleh mahkamah. Sebarang usaha untuk menggugat penyatuan ini sepatutnya dikira sebagai penghinaan kepada mahkamah – sebuah kesalahan serius.
Loh dan anaknya berhak untuk memulakan hidup secara bersama. Jika ada yang menafikannya, ia adalah sebuah pencemaran kepada nilai kekeluargaan serta pencabulan kepada hak sebuah keluarga untuk bahagia secara kolektif.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Barangkali keputusan mahkamah ini merupakan ujian bagaimana sebuah negara kekal untuk membenarkan cinta terus mekar walaupun wujud perbezaan budaya dan etnik di antara kita.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
21 Februari 2022
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme