Aliran mengalu-alukan pengumuman Nurul Izzah hari ini bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada bapanya Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan.
Nurul Izzah berkata Hassan Marican, pengerusi jawatankuasa penasihat kepada menteri kewangan, telah menjemput beliau untuk menyertai urusetia yang akan menyokong jawatankuasa penasihat itu dalam usaha memperkukuh ekonomi negara.
Nurul Izzah telah menerima jawatan sebagai ketua-bersama urusetia bersama pengurus kanan Petronas Khairil Anuar Ramli.
Ia merupakan sebuah langkah positif, dan Aliran mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah atas keputusan bijak ini. Ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, melibatkan bapa dan anak perempuannya, dalam jangka masa panjang kerana kini terdapat jarak profesional di antara keduanya serta garis kebertanggungjawaban dalam memastikan kawal imbang yang lebih jelas.
Dalam hal yang sama, semua pemimpin politik serta mereka yang memegang jawatan melibatkan pentadbiran awam yang penting harus mengelakkan beban nepotisme.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Jadi, mari kita hindari sebarang perlakuan nepotisme dalam kehidupan awam. Terdapat keperluan yang amat mendesak sekarang bagi Anwar untuk membina semula kepercayaan dalam pentadbiran serta mengukuhkan kredibilitinya, terutamanya selepas ia menerima kritikan dari pelbagai sudut.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
12 Februari 2023
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Tak perlu nak perbesarkan isu ini. Ianya bukan nepotisme. Sekarang dia juga menjadi penasihat kepada ayah dia dalam bidang ekonomi dan kewangan dan akan memantau segala kepincangan dalam kementeria kewangan yang telah dilakukan.