Home Media statements Aliran mengalu-alukan sokongan Anwar pada saat akhir untuk perhimpunan anti-rasuah

Aliran mengalu-alukan sokongan Anwar pada saat akhir untuk perhimpunan anti-rasuah

Ia mengesahkan tentangan rakyat terhadap percubaan untuk membataskan hak asasi mereka

Young people marched against corruption in Kuala Lumpur in 2022 - FILE PHOTO: BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran mengalu-alukan respons positif Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada saat akhir terhadap perhimpunan anti-rasuah esok di Kuala Lumpur.

Bagi penganjur perhimpunan dan penyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, inilah respons yang mereka harapkan daripada kerajaan yang dibawa ke tampuk kuasa melalui arus protes jalanan pada masa lalu.

Respons Anwar turut selaras dengan peruntukan perlembagaan mengenai kebebasan bersuara dan berkumpul. Persoalannya hanyalah, mengapa mengambil masa begitu lama untuk menyatakannya?

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah rakyat biasa mesti menentang apa jua percubaan untuk membataskan hak demokrasi mereka.

Sekumpulan pertubuhan masyarakat sivil, termasuk Aliran, telah bersuara menentang percubaan pihak berkuasa untuk menghalang perhimpunan itu. Ramai rakyat biasa turut menyatakan ketidakpuasan mereka.

Akhirnya, kerajaan terpaksa akur apabila berhadapan dengan kehendak rakyat.

Sokongan awam terhadap perhimpunan itu mencerminkan kemarahan meluas terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berterusan tanpa henti.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil perlu memberikan penjelasan kepada rakyat. Mereka mesti menjelaskan sikap tentangan autoritarian mereka terhadap perhimpunan itu – rujuk kepada ‘syarat’ himpunan mereka yang keterlaluan – yang bertentangan dengan sokongan PM pada saat akhir. Jika mereka kekal senyap, ramai yang mungkin berpendapat mereka ‘tidak menerima memo’ daripada pimpinan.

Aliran berharap perhimpunan esok akan mencapai matlamatnya untuk menunjuk kemarahan dan kebencian awam terhadap rasuah yang berleluasa di Malaysia. Kami menyeru pihak berkuasa untuk memudahkan perhimpunan ini agar ia dapat berjalan dengan aman.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
24 January 2025

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x