
Ramai di Malaysia membaca berita tentang Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang telah ditahan polis pada awal pagi.
Lebih 20 anggota penguatkuasa dilaporkan menahan Sanusi pada jam 3 pagi.
Bilangan anggota penguatkuasa yang berlebihan adalah tidak diperlukan dan ia mengimbau keadaan dahulu berikutan tindakan penahanan yang melampau, terutamanya melibatkan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini sudah dimansuhkan.
Sanusi ditahan mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan. Beliau kini menghadapi dua pertuduhan.
Dalam pertuduhan pertama, beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang boleh mencetuskan ketidaksetiaan kepada pemerintah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pertuduhan kedua melibatkan ucapannya yang mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai titah diraja dan penubuhan “kerajaan perpaduan” selepas keputusan pilihan raya umum yang tidak muktamad November lalu.
Walaupun Aliran tidak bersetuju dengan gaya bahasa dan politik Sanusi yang memecahbelahkan serta penggunaan isu kaum dan agama, kami menentang penggunaan Akta Hasutan.
Kami menyuarakan pendirian yang diambil oleh Lawyers for Liberty dan bekas presiden Peguam Malaysia yang terkenal, Ambiga Sreenevasan, bahawa ia sama sekali tidak boleh diterima bagi pihak berkuasa untuk mendakwa Sanusi di bawah Akta Hasutan.
Aliran mengulangi gesaan masyarakat sivil agar Akta Hasutan yang menindas untuk dimansuhkan. Ini adalah tuntutan yang kami harapkan dipenuhi oleh kerajaan perpaduan jika benar ia sebuah kerajaan reformis.
Jika Sanusi telah melanggar mana-mana undang-undang, dakwa beliau dengan menggunakan undang-undang lain yang khusus serta berkaitan. Terdapat pelbagai undang-undang lain yang boleh digunakan.
Kami menggesa kerajaan untuk memenuhi janji reformasinya dan memastikan Akta Hasutan yang kejam dimansuhkan pada persidangan Parlimen akan datang.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
18 Julai 2023
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme