Home Media statements Berhenti mengganggu para aktivis dan fokus pada krisis kesihatan

Berhenti mengganggu para aktivis dan fokus pada krisis kesihatan

GERALT/PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran terkejut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dua aktivis yang menyatakan kebimbangan terhadap isu yang cukup dekat pada mereka ketika pandemik ini.

Jun tahun lalu, pendukung bantuan kepada pelarian, Heidi Quah, berkongsi di Facebook berkenaan dakwaannya tentang keadaan di pusat tahanan imigresen yang sungguh teruk ketika pandemik dari sudut pandang bekas tahanan. Ianya berlaku ketika serbuan imigresen secara besar-besaran serta penahanan dijalankan.

Quah, pengasas Refuge for the Refugees, didakwa hari ini di Mahkamah Jenayah Siber di Jalan Duta, Kuala Lumpur di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Apa yang mahu dilakukannya adalah hanya berkongsi kerisauan tentang keadaan di pusat tahanan imigresen serta akibat yang akan berlaku jika dihantar ramai orang ke pusat tahanan imigresen, yang diketahui sesak serta tidak bersih itu.

Kami juga gusar dengan nasib Boo Su-Lyn, ketua editor Code Blue, iaitu sebuah portal berita kesihatan.

Beliau disiasat semalam berkenaan artikelnya yang mendakwa bahawa pengurusan di sebuah pusat vaksin tidak memaklumkan kepada sukarelawan berkenaan empat jangkitan Covid serta tiada saringan menyeluruh dijalankan.

Jawatankuasa imunisasi Covid dilaporkan mengesahkan peristiwa jangkitan tersebut sehari kemudian: ia menyatakan bahawa tujuh kakitangan di pusat tersebut positif Covid, dan pihak pengurusan kemudian mensanitasi keseluruhan pusat vaksin.

Boo disiasat di bawah Undang-Undang Jenayah dengan niat mengakibatkan ketakutan dan kegemparan awam serta di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menggunakan jaringan internet untuk menyebarkan maklumat palsu atau mengganggu-gugat.

Ianya sungguh mengecewakan melihat pihak berkuasa, berbanding fokus kepada pandemik, lebih bersungguh-sungguh untuk meruntuhkan semangat para aktivis.

Aktivis yang terlibat ini sudah pun menjalankan kerja yang cukup baik di dalam menyoroti keadaan para pelarian, seperti dilakukan Quah, serta meningkatkan kesedaran berkaitan isu kesihatan, seperti kes Boo sendiri.

READ MORE:  The remarkable journey of Noor Farida Ariffin: Lawyer, diplomat, activist (1947-2024)

Kami mendesak pihak berkuasa untuk memberhentikan proses pendakwaan kepada Quah dan Boo hanya kerana mereka berkongsi isu yang berkaitan dengan orang awam.

Jika pihak berkuasa tidak suka akan apa yang dilaporkan mereka, mereka sepatutnya hanya terus menyangkal dakwaan mereka, berbanding terus mahu mengambil tindakan berbentuk hukuman.

Dengan mengambil langkah menindas sebegini, pihak berkuasa menunjukkan bahawa mereka tidak mahu mendengar atau belajar dari rakyat. Memburukkan keadaan, tindakan sebegini ini sepatutnya tidak berlaku bagi sebuah negara yang bercita-cita untuk duduk di kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada sidang 2022–24, apatah lagi dengan menghantar senarai panjang janji bagi membersihkan rekod hak asasi manusia mereka.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
27 Julai 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x