Home Media statements Berikan akses yang sama kepada dana pembangunan untuk semua kawasan parlimen!

Berikan akses yang sama kepada dana pembangunan untuk semua kawasan parlimen!

Tidak sewajarnya ada diskriminasi berdasarkan keahlian parti atau kesetiaan politik

Petaling Jaya MP Lee Chean Chung - LEE CHEAN CHUNG / FACEBOOK

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran mengecam penyekatan portal bantuan kawasan MyKhas bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dari PKR.

Lee merupakan AP kerajaan PKR yang kedua kini tidak dapat mengakses portal tersebut, yang digunakan untuk mendapatkan peruntukan pembangunan kawasan persekutuan.

AP Subang, Wong Chen, turut disekat tanpa sebarang sebab rasmi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Kedua-dua AP dipercayai telah menghadiri acara Bersama yang diterajui oleh bekas pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, pada 17 Mei lalu.

Namun hingga kini, tiada sebarang penjelasan bertulis yang rasmi diberikan berhubung kehilangan akses kedua-dua AP tersebut kepada dana bantuan berkenaan.

Keengganan kerajaan untuk memberi sebarang maklum balas menggambarkan ketiadaan akauntabiliti dan sikap tidak bertanggungjawab – bukan sahaja terhadap AP yang terlibat, malah lebih-lebih lagi terhadap pengundi di kawasan yang mereka wakili.

Maksudnya mudah. Pengundi dalam kawasan kedua-dua AP ini dinafikan dana pembangunan yang amat mereka perlukan untuk membiayai projek-projek dan menyokong golongan rentan.

Apabila peruntukan disekat, bukan AP yang menanggung akibatnya – tetapi masyarakat setempat itu sendiri: sekolah-sekolah, NGO dan mereka yang paling memerlukan bantuan.

Sudah cukup buruk sekiranya kerajaan”Madani” menafikan peruntukan kepada kawasan-kawasan yang diwakili oleh AP pembangkang. Namun keadaan menjadi lebih serius apabila AP kerajaan sendiri turut menghadapi nasib yang sama, semata-mata kerana mereka dilihat lebih kritis, lantang atau bebas.

Lebih membimbangkan lagi, nampaknya terdapat layanan dua darjat yang sedang berlaku. AP pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan perpaduan dilaporkan menerima peruntukan. Namun AP kerajaan yang hanya menghadiri acara parti saingan – tanpa meninggalkan parti mereka atau mengundi menentang kerajaan di Parlimen – nampaknya sedang dikenakan tindakan.

READ MORE:  Wong Chen's blocked portal and what it reveals

Pendekatan ini hanya akan menambah lagi krisis kepercayaan yang sudah melanda kerajaan Madani.

Kami menyeru kerajaan agar mengamalkan belas kasihan – sebuah prinsip Madani – demi kepentingan rakyat jelata. Setiap rakyat berhak mendapat pembangunan dan kemajuan yang sama.

Manifesto Pakatan Harapan telah menjanjikan peruntukan dana pembangunan kawasan yang sama rata bagi semua AP tanpa mengira parti. Janji reformasi utama ini mesti ditunaikan.

Kami menyokong tuntutan yang meluas agar semua AP dan ahli dewan undangan negeri diberi peruntukan persekutuan dan negeri yang sama rata bagi kawasan masing-masing. Tidak sewajarnya ada diskriminasi berdasarkan keahlian parti atau kesetiaan politik.

Lagipun, ini adalah wang rakyat.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
4 Jun 2026

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x