Home Media statements Buktikan keabsahan PM menerusi undi percaya di persidangan Parlimen gempar

Buktikan keabsahan PM menerusi undi percaya di persidangan Parlimen gempar

Mahiaddin Yasin

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran menggesa Perdana Menteri Mahiaddin Yasin untuk memanggil Parlimen bersidang dalam masa seminggu dan berhadapan dengan undi percaya.

Perkara ini cukup mustahak supaya rakyat dapat mengatasi ketidakstabilan politik yang menyelubungi negara ketika ini.

Rungutan rakyat marhaen perlu diketengahkan berbanding dengan percaturan serta perjanjian politik menuju ke persidangan September nanti. Kami gusar dengan muslihat politik melibatkan pelbagai ganjaran serta jual beli di dalam menggalakkan lompat parti sekaligus mengganggu perhatian pentadbiran dari susah-payah yang dihadapi rakyat marhaen. Memburukkan lagi keadaan, persidangan pada September hanya akan menghangatkan lagi cuaca politik bagi rakyat biasa.

Semua ketidakstabilan ini muncul akibat lompatan ketika Langkah Sheraton, yang memberi kesan kepada demokrasi berparlimen.

Di dalam siaran ucapannya hari ini, Mahiaddin menyatakan keyakinan bahawa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi di Parlimen bagi mentadbir negara. Jika begitu, beliau sepatutnya secepat mungkin mencari undi percaya menerusi persidangan tergempar di Parlimen dan tidak menunggu persidangan September nanti.

Demokrasi berparlimen kita lumpuh sejak sekian lama dek kerana kurangnya keyakinan Perikatan Nasional terhadap majoritinya di Parlimen.

Kita tidak boleh lagi menanggung ketidakstabilan politik ini. Kami mendesak PM untuk mengadakan persidangan tergempar bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar mempunyai keyakinan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
4 Ogos 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x