Aliran memandang berat pendedahan Ketua Polis Negara Hamid Bador berkenaan campurtangan oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin di dalam urusan anggota polis.
Campurtangan semberono memberi kesan kepada profesionalisme, kemandirian serta integriti anggota polis – sebuah faktor yang menjadi duri dalam daging bagi masyarakat kebanyakan.
Campurtangan Hamzah baru-baru ini melibatkan perlantikan baru serta pemindahan pegawai yang dilakukan oleh Hamid merupakan sebuah perkara yang perlu diberikan perhatian kerana ianya memberi kesan kepada profesionalisme anggota polis.
Hamzah tidak sepatutnya mengetuai Suruhanjaya Anggota Polis bagi memastikan ketelusan serta kemandirian pasukan polis.
Pasukan polis perlu berhenti dari menjadi perkakas politik bagi kerajaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Melihat kepada keadaan sekarang, pendedahan awal Hamid berkenaan wujudnya kartel di dalam pasukan polis sudah pun menggugat keyakinan terhadap integriti anggota polis.
Kami menuntut kerajaan untuk menubuhkan sebuah inkuiri suruhanjaya bebas diraja bagi melihat perkembangan serius serta penderaan, keganasan serta kematian dalam tahanan.
Kami juga mendesak ditubuhkan secepat mungkin suruhanjaya bebas aduan salah laku polis (IPCMC) yang sepatutnya sudah dilakukan bagi memartabatkan integriti serta maruah pihak polis.
Jawatankuasa eksekutif Aliran1 Mei 2021
Terjemahan oleh Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Adakah campurtangan ahli politik dalam urusan polis suatu perkara baru dalam sistem pentadbiran negara?
Tidak jika kita jujur!
Yang berbeza pihak polis sebelum ini diam sahaja!
Ada pihak yang menyatakan IGP baru dilantik atas ruang undang-undang yang salah.
Adakah ini memberi kesan – TIDAK!