Home Media statements Desakan bagi menghentikan projek Reklamasi Selatan Pulau Pinang semakin mendapat perhatian

Desakan bagi menghentikan projek Reklamasi Selatan Pulau Pinang semakin mendapat perhatian

Baik hentikan projek reklamasi mega ini dan fikir alternatif lestari yang lain bagi memastikan keselamatan makanan serta sistem pengangkutan yang lebih mampan

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Aliran mendukung desakan bagi membatalkan projek Reklamasi Pulau Pinang Selatan seluas 4,500 ekar itu.

Sejak beberapa minggu yang lalu, kelompok masyarakat sivil serta yang lain menyatakan dukungan terhadap komen oleh Nurul Izzah Anwar bagi membatalkan projek ini. Beliau mengkritik keperluan bagi projek kontroversi ini, apatah lagi saat berdepan dengan pandemik serta ketidaktentuan keadaan ekonomi sekarang.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini memetik penilaian impak alam sekitar bagi projek ini yang menyatakan bahawa ianya akan mengakibatkan kehilangan alam sekitar secara kekal: “Kerosakan alam yang kekal serta kesan yang berlarutan turut akan dialami oleh ekosistem dataran lumpur, pembiakan ikan, pendaratan penyu, serta batu karang di Pulau Rimau. Kerosakan berkekalan akan memberikan impak negatif yang signifikan kepada sumber perikanan, nelayan serta pengeluaran dan keselamatan makan negara.”

Kesan kepada keselamatan makanan negara sahaja merupakan sebuah alasan yang kukuh bagi membatalkan projek.

Kerosakan diakibatkan oleh reklamasi dan perlombongan pasir akan menyebabkan “kerosakan yang tidak dapat diganti dan dibaiki semula” terhadap kehidupan lebih dari 6,000 warga nelayan, bukan saja di Pulau Pinang, malahan di luarnya juga.

Seperti yang dinyatakan oleh NGO serta beberapa yang lain, Nurul Izzah juga menyatakan bahawa pelan reklamasi awal sudah berubah banyak dari pelan utama pengangkutan Pulau Pinang yang asal. Walaupun beliau serta rakannya di dalam parti (PKR) pada awalnya menyokong usaha ke arah pengangkutan awam yang lebih baik, mereka “mula timbul keraguan apabila PTMP berubah untuk memasukkan pembinaan lebuhraya mega melintas bukit serta sungai, LRT, monorel, teksi udara (skycab) serta kawasan reklamasi”.

Kerajaan negeri, memetik kajian oleh PricewaterhouseCoopers, sekarang menyatakan bahawa kawasan yang direklamasi – dan akan dijual kepada pihak pemaju perumahan – akan mendapat keuntungan ekonomi bagi negeri bagi jangka masa panjang: RM70bn di dalam bentuk pelaburan asing langsung yang membuka ruang kepada 300,000 kerja di dalam tempoh 30 tahun.

READ MORE:  Selamatkan kawasan selatan Pulau Pinang daripada dimusnahkan - Nelayan

Namun, ianya tidak jelas jika kajian ini dijalankan sebelum atau selepas pandemik bermula dan bagaimana angka ini dicapai. Pandemik Covid, seperti yang kita tahu, mengganggu-gugat ekonomi di peringkat global, yang sudah pun mengakibatkan kesenjangan ekonomi dan kekayaan yang meruncing. Keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang cukup sukar untuk dijangka bukan saja tiga tahun ke hadapan, apatah lagi tiga dekad nanti.

Berbanding menggunakan pengindustrian sebagai dalih bagi reklamasi tanah, kerajaan negeri sepatutnya memikirkan alternatif pembangunan lestari di tanah besar Pulau Pinang. Ia juga dapat membina ribuan kerja baru dengan memilih sistem pengangkutan ke seluruh negeri dengan mengutamakan pengangkutan mampan seperti bas, teksi air, feri serta tram tanpa landasan – serta pembinaan dan penyeliaan infrastuktur bagi mendukung sistem ini.

Melihat kepada realiti perubahan iklim, kerajaan negeri sepatutnya boleh melakukan apa yang terdaya bagi mengekalkan alam sekitar, termasuklah biodiversiti laut, berbanding dengan mengganggu keselamatan makanan bagi mengejar pembangunan yang tidak lestari. Kerajaan negeri juga patut menghormati cabaran mahkamah oleh masyarakat nelayan bagi menolak penerimaan penilaian impak alam sekitar. Cabaran mahkamah ini, yang dijadualkan akan didengarkan nanti, diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Desakan untuk membatalkan projek tidak lestari ini (#PenangTolakTambak) semakin mendapat sambutan dengan ahli politik, akademik serta pelbagai kelompok masyarakat sivil mula menyatakan kebimbangan. Petisyen atas talian menolak projek ini sudah mengutip 117,000 tandatangan sehingga kini. Sebuah lagi petisyen bagi menyelamatkan penyu laut spesis zaitun ridley serta kehidupan nelayan yang akan terkesan dengan reklamasi pula sudah berjaya mendapat 246,000 tandatangan.

Inilah waktunya untuk membatalkan terus projek reklamasi mega dan memikirkan alternatif lestari yang lain bagi bagi memastikan keselamatan makanan serta sistem pengangkutan yang lebih mampan di dalam dunia pasca-Covid.

READ MORE:  Istimewa Kawasan Selatan

Jawatankuasa eksekutif Aliran
6 Jun 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x