Home Media statements Di Hari Malaysia ini, ayuh kita bertekad membina sebuah masyarakat adil dan...

Di Hari Malaysia ini, ayuh kita bertekad membina sebuah masyarakat adil dan penyayang

Pentadbiran yang baik perlu memastikan bahawa ekonomi diurus dengan mampan, telus, terangkum dan adil - tanpa menghancurkan alam sekitar

DR WONG SOAK KOON/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua.

Ini merupakan sambutan kita yang ke 59 sebagai sebuah negara, dan kita bolehlah mengimbau ke masa silam dengan penuh kesyukuran dengan semua kemajuan yang telah dicapai.

Pada 2021 Malaysia merekod keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita sebanyak $11,371. Menuju ke akhir 2022, negara menjangkakan untuk mencapai KDNK per kapita sebanyak $12,900.

Jika kita menukar jumlah ini ke ringgit berdasarkan nilai tukaran wang semasa, kita akan mendapat jumlah per kapita sebanyak lebih kurang RM58,500. Ia sesuatu yang menyenangkan jika rakyat mendapat pendapatan sebegini tinggi, namun pengagihan pendapatan negara kini kurang adil. Kita harus memastikan agar pengagihan yang lebih adil dilakukan melibatkan pendapatan negara.

Saatnya kita hendak sebuah keadaan ekonomi yang kukuh, kita juga menjangkakan agar kerajaan untuk mewujudkan langkah bagi memastikan semua orang mendapat habuan dari dinamisme ekonomi. Ekonomi sepatutnya berkhidmat untuk rakyat, termasuklah para pekerja dan komuniti rentan, dan bukanlah sebaliknya.

Pentadbiran yang baik perlu memastikan bahawa ekonomi diurus dengan mampan, telus, terangkum dan adil – tanpa menghancurkan alam sekitar.

Kami juga menyeru agar kerajaan untuk menjalankan lebih banyak program dan projek bermanfaat kepada warga miskin, lebih-lebih lagi kepada kelompok berpendapatan rendah. Keselamatan makanan juga penting; tidak kurang penting ialah usaha untuk menaikkan gaji minima kepada gaji kehidupan wajar (living wage) dan menjalankan skim untuk membantu mereka yang rentan. Ini tanggungjawab kerajaan hari ini.

Selepas enam dekad kemerdekaan, inilah masanya untuk meninjau polisi afirmatif bagi memastikan ia memanfaatkan mereka yang benar memerlukan. Kita harus berani untuk melangkaui pandangan perkauman sempit serta pembinaan perkauman yang palsu serta membangunkan polisi berdasarkan syarat yang rasional, tanpa mengira kaum, agama atau kepartian sesebuah kelompok sasaran.

READ MORE:  Hari Malaysia ini, mari bangkit untuk memanfaatkan aset terbesar kita – perpaduan dalam kepelbagaian

Kami juga mendesak pihak berkuasa untuk meraikan kerencaman dengan mengenal pasti kecantikan dan betapa menariknya berbilangnya kebudayaan dan agama. Kali ini, kita patut melangkuai sekadar menunjukkan pakaian dan makanan tradisional, walaupun ini juga penting; kita harus pergi ke dasar bagi membina sebuah identiti yang benar-benar Malaysia berdasarkan nilai sejagat keadilan, integriti dan kasih sayang kepada mereka yang terpinggir dan rentan.

Aliran mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
15 September 2022
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x