Aliran cukup gusar dengan perkembangan semasa melibatkan pertikaian tanah melibatkan sekelompok petani serta syarikat Eadepro Development Sdn Bhd di Chepor Impian di daerah Kinta, Perak.
Pihak media melaporkan bahawa peristiwa pagi tadi melibatkan pertuduhan seperti penerokaan tanah, pengusiran secara paksa beberapa petani tanpa perintah mahkamah serta pemusnahan tanaman mereka.
Kami juga dimaklumkan bahawa pihak polis menahan lapan orang – empat petani serta empat anggota PSM.
Ia waktu yang sukar buat semua di dalam negara ini, termasuklah para petani.
Melihat kepada peningkatan harga makanan serta keperluan untuk mempertahankan sumber makanan bagi memastikan keselamatan sumber makanan di dalam negara, Aliran dengan tegas menggesa pertikaian seperti ini sepatutnya diselesaikan menerusi rundingan dan bukannya melalui pengusiran paksa serta penahanan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan pertimbangan yang rasional dan adil, dan kesemua lapan orang yang ditahan untuk dibebaskan secepat mungkin.
Jawatankuasa eksekutif Aliran13 April 2022
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme