Home Media statements Elakkan perbelanjaan melampau ketika waktu sukar

Elakkan perbelanjaan melampau ketika waktu sukar

Ketika menggunakan dana awam, rakyat menjangkakan pemimpin untuk lebih berpada-pada sewaktu berbelanja

Out-of-touch Malaysian politicians have a penchant for luxury cars - PIXABAY/JAY GEORGE

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran terkejut bagaimana dana awam sebanyak RM458,000 digunakan secara boros bagi membeli sebuah limusin Mercedes-Benz S560e bagi kegunaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Dengan keadaan ekonomi yang terkesan akibat pandemik, ketua menteri sepatutnya lebih berwaspada ketika berbelanja, walaupun pembelian sudah pun diluluskan oleh belanjawan sejak akhir 2019 serta mempunyai diskaun sekalipun.

Duit sebanyak itu yang belanjakan bagi sebuah limusin – sebuah kenderaan yang digambarkan sebagai ‘semata-mata kemewahan’ oleh seorang pengulas kenderaan – sepatutnya boleh digunakan bagi membantu mereka yang terdesak ketika waktu sukar sekarang.

Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya menunjukkan contoh kepada kerajaan negeri yang lain, misalannya di Kelantan, yang pada tahun lalu membeli 14 buah Mercedes-Benz melibat belanja sebanyak RM3.5j bagi pemimpin kerajaan negeri (RM320,000 bagi menteri besar dan RM200,000 sebuah bagi ahli exco negeri).

Pada 2019, menteri pembangunan luar bandar ketika itu menyatakan bahawa, di antara 28 daerah termiskin di dalam negara akibat dari kekurangan infrastruktur kritikal, tujuh daripadanya adalah di Kelantan. Ada di antara daerah ini, antaranya tidak mempunyai pusat rawatan air, katanya.

Berlumba-lumba dalam bermewah-mewahan ketika ramai yang lain menderita bukanlah sesuatu yang kita jangkakan dari sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan telus atau dari ahli politik yang mengutamakan rakyat.

Pemimpin politik sepatutnya mencontohi rakan sejawat di beberapa buah negara maju yang menggunakan pengangkutan awam bagi berulang-alik ke tempat kerja serta menjalankan tugas lain. Menggunakan pengangkutan awam juga dapat membiasakan pemimpin akan kekurangan yang ada melibatkan pengangkutan awam kita, termasuklah melibatkan ketersampaian last mile yang tidak baik serta dihadapi oleh pengguna saban hari.

Hormat kepada pemimpin politik diperoleh dari sikap rendah diri dan empati terhadap kesukaran orang lain. Kereta mewah yang digunakan oleh pemimpin sedikitpun tidak menakjubkan orang ramai dan hanya membangkitkan kemarahan.

READ MORE:  Requests denied! Penang's freedom-of-information facade

Sewaktu ramai yang hilang kerja dan menderita akibat dipotong gaji, pemimpin sepatutnya memimpin melalui tauladan. Mereka sepatutnya mengelak dari bermewah-mewahan ketika waktu sukar, khususnya bagi mereka yang gemar makan mewah di hotel, yang dapat dilihat melalui beberapa foto yang bertebaran di media sosial sekarang.

Seorang lagi ahli politik bahkan menganjurkan sebuah majlis perkahwinan besar-besaran melibatkan ribuan tetamu. Walaupun ianya menggunakan duit sendiri, ramai yang merasakan ia tidak kena pada tempatnya, lebih-lebih lagi ketika ramai yang hilang kerja.

Ketika menggunakan dana awam, rakyat menjangkakan pemimpin untuk lebih berpada-pada sewaktu berbelanja.

Kami mendesak pemimpin negeri dan nasional agar lebih hemah dalam berbelanja, elakkan perbelanjaan mewah, serta menggunakan dana awam bagi membantu mereka yang terkesan dengan memastikan adanya makanan di atas pinggan serta atap di atas kepala mereka.

Ahli jawatankuasa eksekutif Aliran
8 Januari 2021

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x