
Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang dialami ketua editor Malaysiakini Steven Gan, yang kini disiasat kerana menghasut bersama-sama MP Klang Charles Santiago.
Perkembangan ini sungguh membimbangkan saat komen kedua-dua mereka selepas keputusan mahkamah telah dijadikan sebuah jenayah. Ianya berlawanan dengan norma kerana apa yang diutarakan oleh mereka bukanlah sesuatu yang bermasalah apatah lagi ‘menghasut’.
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman bersalah kepada Malaysiakini kerana menghina mahkamah akibat daripada komen segelintir pembaca serta dikenakan denda yang berat sebanyak RM 500,000 terhadap portal berita itu.
Berita ini hangat dilaporkan media, dalam dan luar negara. NGO tempatan serta antarabangsa dan kedutaan asing di Malaysia turut menyatakan kebimbangan.
Untuk menjadikan Steven Gan dan Charles Santiago sebagai sasaran berikutan komen mereka merupakan sesuatu yang membingungkan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami mendesak pihak berkuasa yang relevan untuk tidak meneruskan tindakan yang boleh dinyatakan sebagai selektif serta autoritarian, kerana ramai juga yang memberikan komen berkenaan isu ini. Tindakan sebegini hanya menghakis kedudukan global kebebasan akhbar kita.
Kami juga menyedari bahawa Seksyen 3(1)(c ) Akta Hasutan sudah dimansuhkan pada 2015, sekaligus membatalkan “membawa kebencian atau menghina atau menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan keadilan di Malaysia atau mana-mana negeri” sebagai kecenderungan menghasut.
Tenaga kolektif kita sepatutnya dihalakan ke arah menyelesaikan cabaran menghadapi pandemik.
Jangan bazirkan sumber bagi perkara yang tidak memerlukan perhatian kita, khususnya laporan polis terhadap kedua-dua individu ini.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
22 Februari 2021
Terjemahan oleh Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme