Home Media statements Gugurkan semua tindakan terhadap Fahmi Reza, tegakkan kebebasan bersuara

Gugurkan semua tindakan terhadap Fahmi Reza, tegakkan kebebasan bersuara

Aliran menggesa kajian semula perundangan untuk mengukuhkan perlindungan perlembagaan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap penahanan artis satira Fahmi Reza di Penampang, Sabah.

Tindakan seperti ini bercanggah dengan semangat reformasi politik yang telah lama dicari oleh rakyat.

Melalui seninya, Fahmi sering mengetengahkan skandal membabitkan rasuah dan salah guna kuasa.

Penyelewengan aset awam menjejaskan pembangunan sosioekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Orang ramai mempunyai hak perlembagaan untuk menyatakan kebimbangan mereka secara aman mengenai isu kepentingan awam seperti yang dilakukan oleh Fahmi melalui seninya.

Kita mesti menegakkan kebebasan bersuara, hak perlembagaan. Kerajaan tidak seharusnya hanya memberi kata-kata manis kepada hak asasi ini. Ia perlu menunjukkan bahawa ia akan melindungi hak untuk berbeza pendapat dan mempertanggungjawabkan pegawai awam.

Oleh itu Aliran menggesa semua tindakan terhadap Fahmi digugurkan.

Kami juga menyeru kerajaan untuk meminda atau memansuhkan mana-mana undang-undang yang menyekat hak asasi. Sementara menunggu semakan perundangan undang-undang sedemikian, kami menyeru agar diadakan moratorium penguatkuasaan peruntukan menindas dalam undang-undang tersebut.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
31 Disember 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x