Home Media statements Hari keramat buat Kuasa Rakyat di Malaysia!

Hari keramat buat Kuasa Rakyat di Malaysia!

Kita tidak sepatutnya mengambil mudah kapasiti rakyat untuk melakukan sesuatu yang luar biasa

Zakaria Ismail is the head of the Sungai Batu fishermen's unit - ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Hari ini [8 September] cukup menginspirasikan bagi kuasa rakyat di Malaysia.

Dua kejayaan besar dalam satu hari menunjukkan bahawa kita jangan mengambil mudah kuasa yang ada pada rakyat untuk membawa perubahan.

Yang pertama adalah buat masyarakat nelayan berjaya merayu agar menolak kelulusan laporan penilaian alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar melibatkan projek mega pembinaan tiga pulau. Badan penilai menemukan bahawa rancangan, melibatkan 4,500 ekar reklamasi tanah di Pulau Pinang, melanggar Pelan Struktur Pulau Pinang 2020, yang patut diguna pakai.

NGO di Pulau Pinang serta ramai lagi berkempen dengan bersungguh-sungguh menolak projek ini sejak beberapa tahun lalu kerana mereka tahu ia akan menghancurkan kawasan perikanan di bahagian Pulau Pinang selatan – sumber penting perikanan liar bagi negeri itu.

Untuk kejayaan ini, kami mengucapkan tahniah kepada Zakaria Ismail (gambar di atas) serta masyarakat nelayan, pasukan guaman yang cemerlang, kempen #PenangTolakTambak (Penang Rejects Reclamation), Penang Forum serta aktivis dan sukarelawan yang menggerakkannya.

Diharap kerajaan Pulau Pinang akan menghentikan terus projek mega yang sungguh tidak popular ini.

Kejayaan kedua hari ini pula berkaitan dengan kerajaan negeri Selangor yang tunduk kepada tekanan kuat orang awam dan mengesahkan bahawa ia membatalkan rancangannya untuk membangunkan 54% dari 992ha hutan simpan Kuala Langat utara.

Ia sebuah kejayaan bagi masyarakat madani yang berkempen serta masyarakat awam yang memberi tekanan bagi menghentikan projek ‘pembangunan’ yang merosak serta memberi kesan secara ekologi.

Keputusan ini dibuat beberapa jam selepas para aktivis dari gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (yang terdiri dari 15 NGO) berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya pihak polis untuk menghantar memorandum kepada pejabat kerajaan negeri Selangor.

READ MORE:  Prized natural assets at risk: Perak government should explain its silence

Di dalam kedua-dua kempen, petisyen dalam taliannya mengutip hampir 100,000 tandatangan. Petisyen bagi menolak projek tiga pulau di Pulau Pinang berjaya mendapat 129,000 tandatangan manakala petisyen bagi menolak pembangunan hutan simpan Kuala Langat Utara pula mengumpul 102,000. Beberapa petisyen lain berkaitan isu turut berjaya mendapatkan berpuluh ribuan lagi tandatangan.

Ketika ramai yang merasakan hilang harapan atau tidak berdaya, dua kejayaan ini dapat menyatakan bahawa jika kita bersama, kita dapat membuat perubahan pada saat ahli politik, yang diundi atas dasar reformasi, mengecewakan kita.

Kita tidak sepatutnya mengambil mudah kapasiti rakyat untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, walaupun pada awalnya, kita barangkali dilihat sebagai minoriti.

Para politikus yang menggerakkan projek mega sebegini harus sedar bahawa mereka tidak lagi dapat menafikan suara rakyat sewenang-wenangnya.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
8 September 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x