Home Media statements Henti ugutan pada para doktor yang memprotes

Henti ugutan pada para doktor yang memprotes

Para pekerja kesihatan ini hanya menggunakan hak demokratik mereka untuk memastikan keselamatan kerja serta perkembangan kerjaya bagi doktor kontrak

WONG SOAK KOON/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran kecewa menyaksikan laporan berkenaan siasatan polis terhadap seorang doktor gigi yang dituduh berkongsi video menyokong kempen Code Black bagi menjamin kebajikan doktor kontrak.

Kami juga terkejut untuk membaca kenyataan oleh Persatuan Perubatan Malaysia bahawa para doktor dan pekerja kesihatan yang mengambil bahagian di dalam protes Code Black dan Black Monday pada 12 Julai diganggu serta dipanggil oleh pihak polis untuk soal siasat.

Para pekerja kesihatan ini hanya menggunakan hak demokratik mereka untuk memastikan keselamatan kerja serta perkembangan kerjaya bagi doktor kontrak.

Doktor kontrak, serta pekerja kesihatan lainnya, sudah berada di garis hadapan menentang ancaman Covid-19. Mereka bekerja keras serta berkorban apa adanya bagi menjaga rakyat di hospital dalam keadaan cukup sukar.

Mereka berhak mendapat janji yang lebih baik saatnya kontrak mereka berakhir, iaitu lantikan tetap di Kementerian Kesihatan.

Ramai orang awam menghargai komitmen dan pengorbanan profesional para pekerja kesihatan barisan hadapan menjaga pesakit Covid, dan mereka akan bersama mendukung kempen bagi memperbaiki kerjaya mereka di masa hadapan. Sukar untuk dipercayai bahawa kempen sebegitu berpotensi mengakibatkan ketegangan sosial serta kekacauan negara, seperti dituduh oleh polis.

Kempen Code Black mendesak layanan adil bagi golongan ahli perubatan. Untuk menjenayahkan sokongan yang disampaikan kepada kempen ini seperti menambah garam di luka kepada para doktor dan pekerja kesihatan yang ditanggung mereka.

Aliran mendesak segala gangguan kepada pekerja kesihatan diberhentikan saatnya mereka hanya mahu kita peka akan keadaan mereka yang dilayan serba tidak adil ini.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
15 Julai 2021

Terjemahah oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x