Aliran mengutuk ancaman, gertakan dan gangguan seksual yang ditujukan kepada aktivis alam sekitar Shakila Zen baru-baru ini.
Aktivisme sosial tidak berunsurkan keganasan oleh beliau tidak berhak menerima ancaman keganasan di dalam demokrasi kita. Ia adalah hak demokratiknya untuk mengekspresi dirinya secara aman di ruang awam.
Mereka yang tidak bersetuju dengan pendiriannya sepatutnya boleh mengajukan sanggahan hujahan mereka sendiri. Untuk mengancam seseorang tanpa nama adalah tingkah seorang pengecut yang patut dikeji.
Penentangan sepatutnya bukan sebuah jenayah kerana ia merupakan langkah demokratik. Lagi, ia juga merupakan sebuah tindakan patriotik.
Kami menggesa pihak berkuasa untuk mengambil langkah tegas kepada mereka yang mengambil keganasan sebagai respon kepada sesebuah pendapat. Ianya penting untuk mencantas pemangsaan merbahaya sebegini sebelum ia dibiasakan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami bersetiakawan bersama Shakila Zen ketika waktu yang mencabar ini.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
1 September 2021
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme