Aliran sekali lagi sangat kecewa dengan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.
Kali ini, tujuh orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka G Saminathan, yang juga Ahli Parlimen Gadek, dan P Gunasekaran, Ahli Parlimen Seremban Jaya – kedua-dua mereka ahli DAP – telah ditahan bersabit tuduhan pembabitan mereka dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Menurut kenyataan polis kepada media, kumpulan pengganas Sri Lanka sedang merancang serangan ke atas Kedutaan Sri Lanka di Malaysia.
Kenyataan tersebut amat memeranjatkan dan pada masa yang sama tidak dapat difahami di beberapa tahap.
Perjuangan menentang pengganas dan ekstremisme di dalam konteks keselamatan negara mestilah seimbang dengan usaha memastikan hak perlembagaan dan kebebasan sivil terpelihara. Di setiap masa, prinsip keadilan mesti diterapkan dan hak asasi manusia harus dihormati.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Cabaran kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk mencapai keseimbangan yang betul dan bekerja dengan polis untuk memastikan keseimbangan tersebut dikekalkan.
Namun, dengan adanya Sosma, keseimbangan ini tidak dapat dicapai. Ratusan orang ditahan sejak Sosma mula berkuatkuasa pada tahun 2012.
Penukaran kerajaan pada 2018 telah membawa janji bahawa undang-undang yang menindas dan drakonian seperti Sosma akan dimansuhkan tetapi kita masih melihat Sosma digunakan.
Aliran menyeru supaya individu yang ditahan di bawah Sosma dilepaskan segera, dan sekiranya terdapat bukti mengesahkan salah laku mereka, mereka patut dituduh mengikut undang-undang yang diperuntukkan.
Aliran juga menyeru agar undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan dimansuhkan. Semua tahanan harus dibawa ke hadapan majistret dalam masa 24 jam dan juga kalau tempuh reman mereka perlu dipanjangkan.
Sehingga salah laku saspek dibuktikan dalam perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka, anggapan bahawa tahanan tersebut tidak bersalah (presumption of innocence) mesti ditegakkan.
Jawatankuasa eksekutif Aliran14 Oktober 2019
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Tangkap!!!
Rakyat tunggu menaruh harapan janji janji PH. Antaranya batalkan undang drakonian. Tangkap dulu siasat kemudian! Adakah ianya mempamerkan profesionalisma pdrm? Kalau ada bukti, hadap terus ke mahkamah.
Is aliran pro ltte?
No, we are against detention without trial – a violation of a basic human right.
Mohd Yusof Abdul Aziz Are you an idi@tic imb€cil?
Their culture do not believe in basic human rights .