
Aliran terkejut dengan kenyataan ketua pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud yang bertegas mahu menahan para migran tanpa dokumen ketika negara berhadapan krisis kesihatan – sebuah langkah yang disokong oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.
Langkah ini berlawanan dengan apa yang dijanjikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sebelum ini yang menyatakan bahawa kerajaan tidak akan menahan migran yang mahu mengambil bahagian di dalam program pengimunan negara.
Tindakan keras ini, jika dijalankan, akan merisikokan para migran yang tidak berdokumen, mengakibatkan mereka tidak divaksin serta dirawat. Keadaan ini sekaligus mengakibatkan kesan merbahaya kepada persekitaran dan kesihatan masyarakat tempatan atau sesiapa yang berhubungan dengan mereka.
Perkara ini mengingatkan kami akan penahanan yang berlaku ketika kuncitara pertama tahun lalu. Langkah ini memberi kesan buruk dengan mengakibatkan beberapa kluster muncul di pusat tahanan imigresen selepas itu.
Untuk mengatakan bahawa para migran tidak membayar cukai sekaligus tidak layak mendapatkan layanan penuh manusiawi merupakan percubaan yang sia-sia untuk mengabsahkan penahanan tidak berhati perut ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Tuduhan sebegini cukup mengecewakan saatnya para majikan membayar pada kerajaan levi tahunan sebanyak RM1,800 bagi setiap pekerja asing yang diambil. Pada masa sama, migran juga terpaksa membayar lebih mahal untuk dirawat di hospital kerajaan.
Jangan pernah dilupakan, pekerja migran – dengan dokumen atau sebaliknya – menyumbang darah dan air mata mereka membangun ekonomi negara. Sumbangan mereka perlu kita hargai.
Pekerja migran juga gusar sepertimana rakyat Malaysia yang lain tentang betapa rentannya mereka kepada jangkitan Covid. Janganlah kita menafikan hak mereka untuk dilindungi. Cukup malang ada di antara mereka yang dieksploitasi dan ada yang ditipu oleh majikan yang tidak amanah, jika tidak oleh segelintir pegawai kerajaan, pada waktu lain.
Para pekerja ini tidak perlu dilayan tanpa maruah sebegini rupa saat mereka memerlukan bantuan. Khairul Dzaimee perlu mengelak dari melakukan sesuatu yang keji secara moralnya.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
1 Jun 2021
Terjemahan oleh Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme