Home Media statements Jangan bentang semula rang pindaan Sosma

Jangan bentang semula rang pindaan Sosma

Penahanan mereka yang disyaki terlibat dengan jenayah atau kegiatan keganasan memerlukan penilaian mahkamah bagi mengelakkan salah guna kuasa

FREEMALAYSIATODAY.COM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kerajaan pada 23 Mac ada membawa usul di Parlimen bagi mengekalkan kuasa untuk menahan suspek tanpa bicara sehingga 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ini diperlukan kerana kuasa untuk menahan suspek tanpa bicara akan berakhir pada 31 Julai. Undang-undang ini memerlukan kerajaan hari ini untuk mendapatkan persetujuan majoriti menerusi sidang parlimen setiap lima tahun bagi menyambung penggunaan akta kejam ini. Di dalam undian usul itu, 86 ahli parlimen mengundi untuk menentang usul, manakala 85 ahli parlimen menyokong, dengan 49 ahli parlimen yang lain tidak hadir. Usul ini kalah dengan satu undi.

Aliran menyokong sepenuhnya 86 ahli parlimen yang mengundi untuk menentang usul ini. Sebagai sebuah organisasi yang meraikan kebebasan, keadilan, hak asasi serta proses yang sepatutnya, kami pastinya menolak segala bentuk penahanan tanpa bicara.

Kuasa yang sewenang-wenangnya bagi menahan suspek tanpa mengira tempoh masa akan mudah disalah guna, seperti yang kita saksikan menerusi akta kejam – yang mujur sekarang ini sudah dimansuhkan – Akta Keselamatan Dalam Negeri. Malangnya, perundangan yang menggantikannya, Sosma, juga membenarkan penahanan cukup lama, sekaligus meletakkan tahanan berada dalam risiko untuk didera secara fizikal atau dilayan dengan buruk ketika dalam tahanan.

Penahanan suspek melibatkan jenayah atau disyaki terlibat kegiatan keganasan sepatutnya memerlukan penilaian mahkamah bagi mengelakkan salah guna kuasa serta memastikan kawal imbang yang menyeluruh. Semua tahanan perlu dibenarkan ke mahkamah dan mempunyai akses bagi wakil serta nasihat perundangan.

Kami menggesa kerajaan untuk mengangkat hak asasi dan demokrasi dengan tidak membentang semula usul ini. Kami juga menggesa semua ahli parlimen untuk mengundi mengikut hati nurani serta menggunakan undi mereka untuk meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
25 Mac 2022

Terjemahah oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x