
Aliran bimbang dengan ordinan yang digazetkan semalam di mana ianya membenarkan perdana menteri, ketua menteri serta menteri besar kuasa sementara bagi meluluskan perbelanjaan kerajaan melebihi belanjawan tanpa perlu mendapatkan kebenaran Parlimen atau dewan undangan negeri.
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 berkuatkuasa ketika Parlimen masih digantung di bawah pemerintahan darurat.
Ordinan ini membenarkan pemimpin pusat dan negeri untuk meluluskan atau mengeluarkan lebihan perbelanjaan kerajaan dari dana gabungan tanpa pemantauan legislatif.
Secara efektifnya, ia bermaksud bahawa Parlimen serta dewan undangan negeri tidak boleh meneliti perbelanjaan sebegini bagi memastikan kawal imbang. Wakil rakyat, didukung oleh penyelidik mereka, tidak dapat menyoal menteri atau ahli jawatankuasa negeri di badan perundangan masing-masing.
Duit kerajaan adalah duit milik rakyat. Ordinan ini bertujuan untuk mengelak penelitian umum, yang sepatutnya dijalankan oleh wakil rakyat, tentang bagaimana duit ini sepatutnya dibelanjakan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Dengan pilihan raya yang katanya semakin hampir, keadaan ini menjadi sangat serius. Ia bermakna bahawa tiada penelitian terhadap perbelanjaan kerajaan pada pilihan raya akan datang. Bagaimana kita dapat memastikan bahawa duit rakyat tidak digunakan bagi membeli undi?
Terdapat sebuah lagi kesan serius dari menghalang penelitian orang ramai tentang isu ini. Kerajaan pusat, yang sudah pun dibebani hutang yang banyak, terpaksa bergantung kepada pinjaman. Menyingkirkan kawal imbang di peringkat Parlimen sekaligus meningkatkan risiko kewangan akibat peminjaman kerajaan dari sudut pandangan pemberi pinjaman. Institusi kewangan mungkin kemudiannya meningkatkan kadar bunga terhadap pinjaman oleh kerajaan di masa depan.
Media, masyarakat sivil serta orang awam perlu menuntut dan menggesa agar Parlimen dan dewan undangan negeri untuk bersidang semula secepatnya. Tiada sebab mengapa badan legislatif ini kekal ditutup saat di mana sektor lain sudah pun beroperasi seperti biasa.
Jawatakuasa eksekutif Aliran
1 April 2021
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme