Home Media statements Kartel pekerja migran: Penangkapan wartawan Nantha Kumar timbulkan kebimbangan serius

Kartel pekerja migran: Penangkapan wartawan Nantha Kumar timbulkan kebimbangan serius

Wartawan tidak boleh menjadi mangsa dalam perjuangan menentang rasuah

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Perang menentang rasuah di Malaysia mesti diteruskan tanpa henti, memandangkan gejala ini semakin berakar umbi dan membimbangkan.

Wartawan Malaysiakini, B Nantha Kumar, telah ditangkap susulan artikel yang ditulisnya seminggu sebelum itu. Artikelnya mendedahkan bagaimana seorang bekas pegawai imigresen yang kini bergelar ‘Datuk’ telah menjadi dalang kartel baharu dari Pakistan yang terlibat dalam penyeludupan pekerja migran ke Malaysia.

Siasatan yang sedang dijalankan nampaknya tertumpu pada dakwaan sama ada Nantha Kumar menerima rasuah daripada seorang ejen yang berurusan dengan pekerja migran. Rasuah tersebut didakwa sebagai imbuhan untuk tidak menerbitkan dua artikel mengenai ejen tersebut.

Namun, siasatan bebas juga diperlukan untuk menghilangkan syak wasangka bahawa penangkapan Nantha Kumar berpunca daripada kewartawanan siasatannya.

Ramai yang tertanya-tanya sama ada penahanannya berkaitan dengan pendedahannya mengenai kartel pekerja migran. Dalam laporannya, beliau menamakan dalang yang disyaki terlibat dalam kartel tersebut dan sindiket berkaitan.

Kami mengalu-alukan pengesahan SPRM bahawa ia juga sedang menyiasat kartel penyeludupan migran yang baru-baru ini didedahkan oleh Nantha Kumar.

Orang awam berhak mengetahui sama ada dakwaan ini sedang disiasat dengan teliti.

Siasatan menyeluruh diperlukan terhadap dakwaan penglibatan pegawai kanan kerajaan dalam pengambilan pekerja asing. Perkara ini mendesak kerana ia mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara.

Mana-mana pegawai awam yang melanggar undang-undang harus didakwa secara jenayah, bukan sekadar dikenakan tindakan disiplin.

Wartawan penyiasatan yang tulen dan pemberi maklumat mesti disokong, bukannya dihalang atau dihukum oleh pihak berkuasa.

Penahanan reman Nantha Kumar juga amat dipersoalkan, memandangkan tokoh berprofil tinggi seperti bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak ditahan ketika siasatan mereka dijalankan.

Wartawan ini harus segera dibebaskan, melainkan terdapat alasan kukuh untuk meneruskan penahanannya. Beliau mesti dilayan dengan bermaruah dan diberikan proses keadilan sewajarnya. Walau apa pun hasil siasatan, pihak berkuasa mesti menindaklanjuti laporan beliau sebelum ini, yang mendedahkan dakwaan rasuah sistemik dan penyalahgunaan kuasa dalam pengambilan pekerja asing.

READ MORE:  Migrant workers 'cartel': Journalist Nantha Kumar's arrest raises disturbing concerns

SPRM dan pihak berkuasa berkaitan mesti memberikan kemas kini berkala kepada orang ramai mengenai perkembangan dan status siasatan mereka. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menambah persepsi bahawa terdapat usaha untuk menutup kes ini. Ia juga boleh dilihat sebagai satu bentuk pemburuan terhadap mereka yang berani bersuara.

Perdana menteri tidak boleh mendakwa tidak tahu atau tidak campur tangan dalam tindakan pihak berkuasa seperti SPRM dan polis. Dalam sistem semasa, agensi ini adalah sebahagian daripada pentadbirannya. Sebagai ketua pentadbiran, PM memikul tanggungjawab utama.

Mesti ada keadilan dan konsistensi dalam layanan terhadap suspek, sama ada mereka bekas PM, timbalan PM, atau wartawan. Semua mesti sama di hadapan undang-undang.

Namun, prinsip asas ini masih sukar dicapai dari segi amalan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
3 Mac 2025

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x